Seimbang Dalam peluasan medan

Seimbang Dalam peluasan medan

Sikap bermudah-mudah ‘tasahul’ semasa pemilihan dan tindakan meramaikan ‘kuaniti’ tanpa ‘kualiti’ (takathur la tarkiz) akan melahirkan pelbagai tindakan dan kegiatan yang tidak terancang dan tidak bertujuan. Dari situ, rasa

tidak mahu dikalahkan oleh golongan jahiliyyah, penyeleweng dan mulhid (atheis) dan mahu menguasai seluruh medan penglibatan keilmuan (thaqafiyyah) dan politik untuk memimpin manusia; itu semua menyebabkan

da’I mula mengikut style kerja parti-parti politik tanpa melihat kemampuannya sendiri. Ini juga mendorong mereka turun ke medan dan pentas gelanggan sedangkan mereka tidak mempunyai persediaan yang cukup.

Akibatnya, berlakulah simpang-siur amal dan berseleraklah tenaga da’i yang berkemampuan. Lalu, pengaruh dan kesan kerja tersebut tidak mantap di setiap bidang yang diceburi. Berlaku kepenatan dan perahan tenaga yang

dahsyat. Hal ini sama sepertimana yang terjadi dalam pertempuran di medan perang.

Sejarah peperangan telah menunjukkan banyak contoh panglima- panglima perang yang tidak teliti di dalam penyusunan strategi. Mereka

membuka banyak medan pertempuran serentak menyebabkan kekuatan mereka terpecah-pecah. Mereka bukannya menghadapi musuh secara satu persatu. Ini menyebabkan mereka kalah. Ilmu persedian ketenteraan sentiasa mengingatkan kepada panglima-panglima perang supaya mereka tidak terlalu melamakan masa satu-satu pertempuran dan hendaklah diserang secara bersepadu yang dapat menjamin berulangnya serangan sekiranya serangan yang pertama gagal. Mereka juga hendaklah mempunyai pasukan reserve ‘ihtiyati’ untuk menangkis serangan mengejut dan gerakan dari belakang.

Apa yang kami sebutkan ini bukan bertujuan untuk mengajak kita supaya berelaks, kerana relaks itu adalah maut. Ia bukan bertujuan untuk menyejukkan semangat kerana ia akan melepaskan segala peluang. Ini juga tidak bertujuan untuk menghalang kita dari mengambil pelajaran dari teknik- Apa yang kami sebutkan ini bukan bertujuan untuk mengajak kita supaya berelaks, kerana relaks itu adalah maut. Ia bukan bertujuan untuk menyejukkan semangat kerana ia akan melepaskan segala peluang. Ini juga tidak bertujuan untuk menghalang kita dari mengambil pelajaran dari teknik-

Sebenarnya kami mengajak supaya kita menilai waqi’ kemampuan kita, mentarkiz ‘fokus’ kan usaha dan memasuki gelanggang yang sesuai berdasarkan kepentingannya.

Usaha lebih dahulu oleh penjajah kafir dalam membentuk parti-parti politik telah menyebabkan mereka telah mendahului parti-parti dakwah Islam. Ini ditambah lagi kebingungan umat Islam yang ikhlas selepas tumbangnya Khilafah Islam Uthmaniyah. Oleh itu masalah ini tidak mungkin dapat diatasi sekaligus, tetapi ia hendaklah dengan tindakan dan perjalanan yang seimbang.

Oleh kerana itu, perkembangan dan peluasan yang seimbang di setiap

medan adalah menjadi pelengkap kepada keseimbangan perkembangan

bilangan ahli bagi memelihara dakwah dari kemusnahan. Hubungan pengaruh dan kesan terhadap besarnya apa yang didengar dan dilihat di dalam

manifestasi tarbiyyah mewajibkan kita untuk memelihara saiz yang sesuai dengan keluasan medan yang dibuka untuk diseimbangkan dengan pembahagian yang sesuai. Semakin kurang bidang yang diceburi, semakin bertambahlah tenaga yang ada.

Sejarah yang baru saja berlalu menunjukkan kepada kita bagaimana ada harakah Islam yang telah terlibat dalam pembahagian banyak kerja dan memasuki semua medan secara tergesa-gesa dan gopoh, sebagai satu tindak

balas terhadap pelbagai situasi politik dan kepartian. Da’I terpaksa bertarung sengit dengan golongan ideologi jahiliah di dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan sekerja, kelab-kelab kesusasteraan dan badan-badan

sosial. Sedangkan ketika itu, bilangan anggota gerakan Islam yang berkemampuan, berpengalaman dan mahir masih lagi kurang.

Pandangan yang matang mengingatkan sungguh-sungguh perlunya penekanan tarbiyyah dalaman, pemantapan iman dan peneguhan saf dengan

menanamkan rasa ketaatan dan iltizam sebelum memasuki gelanggang pertarungan dan persaingan.

Dalam keadaan kemampuannya lemah, da’i yang faqih tidak akan terprovok dengan kemenangan kafir yang kuat. Bahkan dia mengawal marahnya, bersabar dan memulakan kerja-kerjanya secara teratur dan sentiasa menyediakan tapak yang mantap sebelum kakinya melangkah…

Dokumen yang terkait

ANALISA BIAYA OPERASIONAL KENDARAAN PENGANGKUT SAMPAH KOTA MALANG (Studi Kasus : Pengangkutan Sampah dari TPS Kec. Blimbing ke TPA Supiturang, Malang)

24 196 2

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Khutbah Washil bin Atho' wa ma fiha minal asalib al-insyaiyah al-thalabiyah : dirasah tahliliyah

3 67 62

Manajemen Sumber Daya Manusia dalam Peningkatan Produktivitas sekolah : penelitian di SMK al-Amanah Serpong

20 218 83

Analysis On Students'Structure Competence In Complex Sentences : A Case Study at 2nd Year class of SMU TRIGUNA

8 98 53

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Partisipasi Politik Perempuan : Studi Kasus Bupati Perempuan Dalam Pemerintahan Dalam Kabupaten Karanganyar

3 106 88

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145

Perancangan media katalog sebagai sarana meningkatkan penjualan Bananpaper : laporan kerja praktek

8 71 19