Keizinan Pihak Berkuasa Bukanlah Satu Syarat
Keizinan Pihak Berkuasa Bukanlah Satu Syarat
Al-Imam Al-Ghazali telah mengkaji secara objektif permasalah harusnya pembentukan Jamaah Islam untuk melaksanakan dakwah dan kerja-kerja amar makruf, nahi mungkar. Beliau telah mengemukakan dalil yang menunjukkan bahawa keizinan dari pihak berkuasa (dalam sebuah negara Islam, kerana Imam Ghazali bercakap dalam kontek sebuah negara dan daulah Islam – pent ) tidak menjadi syarat di dalam pembentukan Jamaah Islam. Inilah yang paling tepat dan sesuai dengan kaedah qiyas.
Al-Imam Al-Ghazali berkata: “Sebahagian manusia berpendapat bahawa individu-individu rakyat tidak boleh bertindak sendiri kerana tindakan tersebut
akan membawa kepada fitnah, mengakibatkan kerosakan dan meruntuhkan negara.
Pendapat yang lain pula mengatakan: Tidak perlu keizinan dari pemerintah. Pendapat inilah yang lebih sesuai dengan qiyas, kerana tugas amar makruf ini harus dilaksanakan secara individu, kemudiannya akan diikuti oleh orang kedua, ketiga dan seterusnya. Akhirnya ia menarik lebih banyak penyertaan yang membawa kepada tolong menolong sehinggalah terbentuknya satu pasukan pekerja-pekerja Islam yang komited yang diredhai Allah yang bertujuan menentang segala bentuk maksiat. Dalam konteks ini, soal kekacauan tidak timbul.
Kita mengharuskan sesiapa sahaja dari pasukan tentera untuk bergabung dan memerangi mana-mana pasukan tentera kafir untuk membendung kemaraan mereka. Begitu juga tindakan yang dilakukan untuk menghapuskan orang-orang yang membuat kerosakan adalah harus kerana orang kafir harus dibunuh, manakala orang Islam yang terbunuh di dalam jihad itu dianggap mati syahid. Demikian juga orang fasik yang terus melakukan dosa dan bangga dengan kefasikannya, boleh ditentang. Manakala orang yang mempertahankan kebenaran, sekiranya dia terbunuh di dalam jihadnya dan dizalimi maka dia mati syahid.
Kesimpulannya: Dalam urusan hisbah (amar makruf nahi mungkar) ini, jarang sangat ia akan membawa kepada kekacauan. Oleh itu ia tidak dapat
mengubah undang-undang qiyas. Bahkan, dikatakan bahawa: setiap orang Islam yang mampu menghalang kemungkaran patut menghalangnya dengan
tangannya, senjatanya, dirinya dan dengan penolong-penolongnya.” 1 132
Kata-kata ini tertulis dengan tinta emas. Da’i Islam patut memeliharanya di lubuk hati mereka.
Ia membuktikan bahawa di dalam kitab-kitab ulama’ kita dahulu ada lombong fiqh haraki yang banyak.
132 Al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 333
Imam Al-Ghazali mempunyai hujah lain dalam membatalkan pendapat mereka yang menjadikan keizinan pemerintah sebagai syarat di dalam kerja- kerja amar makruf nahi mungkar ini. Kata-kata beliau memang berguna dan perlu disebutkan di sini dalam mengharuskan pembentukan jamaah Islam berkumpul untuk tugas amar makruf nahi mungkar.
Kata beliau: “Satu golongan telah mengenakan syarat mendapat kelulusan pemerintah dan tidak mengizinkan individu dan kalangan rakyat melakukan hisbah(amar makruf nahi mungkar). Syarat ini adalah syarat yang tidak dapat
diterima. Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang telah kami sebutkan menunjukkan bahawa setiap orang yang melihat kemungkaran kemudian mendiamkan diri dia adalah berdosa kerana secara umumnya dia wajib
melarangnya jika melihatnya walau di mana pun dia berada. Oleh itu pengkhususan dengan syarat mendapat keizinan dari pemerintah adalah pendapat yang tidak berasas.”
Kemudian Al-Ghazali berkata lagi: “Jika ada yang berpendapat bahawa kerja-kerja amar makruf bererti memberi kuasa atau mandat melaksanakan hukuman, dengan itu
orang-orang kafir tidak dikenakan tugas menyuruh orang-orang Islam kepada kebaikan walaupun tugas itu jika dilakukan adalah tugas yang betul. Maka dengan sebab itu, sepatutnya rakyat secara individu tidak harus menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran kecuali dengan keizinan dari pegawai pemerintah dan pihak berkuasa.
Pendapat ini kita jawab dengan mengatakan; Orang kafir dilarang daripada tugas menyeru kepada kebaikan kerana tugas tersebut adalah tugas pihak yang berkuasa dan mulia sedangkan orang kafir itu hina. Dia tidak berhak mendapat kemuliaan lebih dari
orang Islam. Manakala individu-individu muslim pula berhak mendapat kemuliaan itu kerana agama dan pengetahuannya. Kemuliaaan kuasa dan penghakiman yang ada pada tugas ini tidak mengharapkan keizinan pemerintah sepertimana mulianya tugas
mengajar dan memberitahu.
Tidak ada khilaf lagi bahawa memberitahu perkara yang haram, halal dan wajib kepada orang jahil yang ingin membuat kemungkaran kerana kejahilannya, tidak
memerlukan kebenaran pihak berkuasa. Ia mengandungi kemuliaan ilmu memberi tunjuk ajar dan orang yang tahu perlu menunjukkan keburukan jahil. Agama sahaja sudah cukup untuk membolehkan tugas tersebut dijalankan. Begitu juga tugas melarang dari kemungkaran.”
Beliau kemudiannya membuat kesimpulan: “Kebiasaan golongan salafussoleh yang sentiasa mengawasi pihak berkuasa dan menasihati mereka adalah bukti kukuh ijmak mereka bahawa tidak perlunya izin pemerintah dalam menjalankan amar makruf
dan nahi mungkar. Jika pemerintah tersebut suka dengan apa yang dibuat, alhamdulillah. Tetapi jika pemerintah marah dengan amar makruf tersebut maka marah tersebut sendiri adalah suatu mungkar yang perlu kepada diingkari pula. Jika begitu,
kenapa pula da’i mesti memerlukan kebenarannya untuk mengingkari pemerintah?
Kebiasaan salafussoleh yang membantah dan menyanggah pemerintah Islam juga menjadi bukti yang kuat dalam hal ini. Sebagai contoh diceritakan bahawa semasa
Khalifah Marwan bin al-Hakam sedang berkhutbah sebelum solat sunat hari raya, tiba- tiba seorang lelaki berkata kepadanya: “Khutbah ialah selepas selesai solat.” Marwan Khalifah Marwan bin al-Hakam sedang berkhutbah sebelum solat sunat hari raya, tiba- tiba seorang lelaki berkata kepadanya: “Khutbah ialah selepas selesai solat.” Marwan
Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada kami: “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, maka sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, maka sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.”
Sesungguhnya para salafussoleh itu benar-benar memahami maksud umum hadis tersebut di mana pihak berkuasa turut termasuk di dalam orang-orang yang perlu
dicegah. Oleh itu, kenapa pula perlu kepada keizinan mereka?” 1 133
Wahai mereka yang sayangkan Islam ! Itulah sebahagian dari pengajaran dari salafus soleh r.a. dalam fiqh dakwah dan amal jama’ie.
133 Al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 315
Fiqh Amal Jamai’e
Dalam Bentuk Baru
Ada dua malapetaka yang besar pernah terjadi dalam sejarah Islam. Malapetaka besar itu membawa penderitaan kepada seluruh umat Islam sehingga beberapa generasi. Malapetaka besar itu jauh berbeza dengan segala malapetaka-malapetaka kecil lain yang menimpa umat sepanjang sejarah.
Malapetaka yang pertama: Di bawa oleh Hulagu 134 dari Mongolia. Malapetaka besar itu tiba ke kemuncaknya dengan serangan mereka ke atas ibu kota Islam, Baghdad.
Pemerhati yang menyaksikan malapetaka itu mendapati, ia bukanlah perkara baru yang pernah menimpa bangsa dan umat yang berada di zaman kelemahannya. Ia telah dijangka oleh ramai para ulama. Mereka telah memberi peringatan kepada umat Islam dan pemerintah selama bertahun-tahun sebelum berlakunya malapetaka yang terjadi pada tahun 656 H itu. Amaran itu diberi apabila mereka mendapati keadaan umat yang menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak, ketidaksungguhan dan tiadanya tajarrud pentadbiran kerajaan, kelemahan kuasa khalifah dan kemalasan majoriti golongan ulama’ dari tugas amar makruf nahi mungkar. Para ulama hanya sibuk dengan perdebatan dan perbahasan yang kosong dan menyakitkan hati.’ 135
Sebahagian dari khalifah Islam di saat-saat akhir zaman kejatuhan itu berusaha untuk memperbaiki keadaan umat yang rosak itu melalui sistem ketenteraan dan merubah cara hidup sebahagian besar orang awam kepada cara hidup ala tentera. Tetapi perubahan tersebut gagal dan sebagaimana yang diharapkan kerana tidak bersandar kepada akidah sebagai asas tarbiyyah bagi sistem itu. Ini menjadikan sistem itu bagaikan barang gurauan dan permainan.
Inilah penafsiran terhadap kebingungan yang menimpa sebahagian besar dari umat Islam yang hidup setelah terjadinya malapetaka itu. Suasana kelam kabut itu akan berterusan sekiranya Allah S.W.T. tidak menghantar Imam Ibnu Taimiyah kepada umat ini. Beliau mengembalikan keyakinan diri ummat dan menjelaskan cara bekerja untuk Islam. Usaha beliau telah disambut baik oleh
134 Hulagu (1217-1265), founder of the il-Khanid dynasty, which lasted about 70 years, in Persia. The grandson of Mongol conqueror Genghis Khan and brother of Kublai Kahn and Mangu Khan, Hulagu
brought Persia and Iraq into the Mongol Empire, one of the largest continuous land empires in history. Ordered by Mangu to subdue the Mongols' western neighbors, Hulagu led his enormous army into Persia in 1251 and by 1256 had crushed the heretic Ismaili order of Muslims (also known as the Assassins). In 1257
he besieged and sacked Baghdad after the Abbasid Caliph al-Mustasim rejected Hulagu's demand for Abbasid surrender. In the massacre, only Christian lives were spared, apparently due to the intervention of Hulagu's Christian wife. Baghdad burned for seven days, and some historians estimate as many as 800,000 people, including the caliph and his family, were killed.- Encarta Ency- pent. 135 Pendapat al-Ghazali di dalam beberapa tajuk dalam buku Ihya’ ‘Ulumuddin dalam memberikan contoh peristiwa tersebut. Al-Nadwi pula memberikan pendapat terhadap kitab beliau dalam “Rijal al-Fikr wa al- Da’wah fi al-Islam” , cetakan kedua, dan tulisan Akram al-Amri yang membahaskan tentang akhlak-akhlak umum sebagaimana yang disiarkan di dalam Majalah Kuliyyah al-Dirasah al-Islamiyah, Baghdad.
sebahagian ulama ’ yang hidup hatinya. Mereka membantunya menampal mana yang koyak rabak dalam urusan umat Islam sekadar yang mereka termampu.
Walau bagaimanapun pengaruh dan keberkesanan usaha tajdid dan islah oleh Ibnu Taimiyyah, sahabat-sahabat beliau serta pengikut-pengikut mereka terbatas dan tidak meliputi seluruh umat Islam. Secara umum, majoriti ummat masih mundur dan dunia Islam terus terpecah kepada beberapa kerajaan kecil yang lemah dan saling bermusuhan sesama sendiri.
Beberapa abad selepas berlakunya malapetaka besar itu muncullah kerajaan Uthmaniyah pada zaman pertengahan. Dengan kelahiran beberapa orang sultannya yang gagah, mereka mengembangkan kekuasaannya, mewarisi kehebatan kerajaan ‘Abbasiyyah dan mengembalikan erti sebuah kekuasaan dan suasana pemerintahan yang seakan-akan suasana yang pernah dinikmati oleh umat Islam di pertengahan pemerintahan Abbasiyyah, kalau pun tidak ia menyerupai suasana yang lebih lampau.
Kerajaan Uthmaniyyah kekal membela dan menaungi dunia Islam sehingga ke akhir pemerintahan Sultan Abdul Hamid Rahimahullah. Ia wajar disifatkan sebagai kerajaan Islam sekalipun terdapat beberapa kecacatan, kelemahan dan
kekurangan di dalam melaksanakan sebahagian dari syariat Islam di akhir pemerintahannya di samping kezaliman yang dilakukan oleh sebahagian pegawai-pegawai tinggi dan pembesar-pembesar negara yang tersilap lantik
oleh pemerintah-pemerintah itu.
Tidak ada yang membantah pendapat bahawa kerajaan itu adalah kerajaan Islam kecuali mereka yang telah terpengaruh dengan pemalsuan
hakikat sejarah zaman moden hasil rekaan orientalis dan mubaligh kristian. Mereka menggunakan boneka penulis atau orang yang rela menjadi mangsa mereka, bertopengkan nasionalis Arab yang melampau.
Malapetaka kedua: Iaitu, penjajahan tentera-tentera British dan Perancis ke atas negara-negara Islam dalam peperangan dunia yang pertama. Mereka
telah menghapuskan pemerintahan Uthmaniyyah, kerajaan Islam yang terakhir. Mereka menghapuskan apa sahaja usaha yang bertujuan membetulkan penyelewengan yang berlaku di dalam pemerintahan Uthmaniyyah. Parti al- Ittihad wa al-Taraki (Parti Bersatu dan Kebangkitan ) yang menggulingkan kerajaan Sultan Abdul Hamid telah mengubah banyak undang-undang syariah kepada undang-undang Barat, merubah sistem pendidikan menurut sistem Barat dan mengembangkan rasa perkauman al-Turaniyah iaitu semangat perkauman bangsa Turki. Parti ini juga telah menerima campur tangan pihak Yahudi dan Freemason di dalam dasar parti dan urusan politik negara.
Sebagaimana tujuan Hulagu menjajah Baghdad adalah untuk memusnahkan semangat umat Islam secara umumnya, demikian juga negara-
negara Berikat terutamanya Inggeris dan Perdana Menterinya sendiri, Winston Churchill menjadikan usaha memusnahkan semangat dan keperibadian umat Islam dengan menakluk Baghdad dan Baitul Maqdis. Mereka mengulangi peristiwa penaklukan Hulagu ke atas dunia Islam. Rancangan mereka negara Berikat terutamanya Inggeris dan Perdana Menterinya sendiri, Winston Churchill menjadikan usaha memusnahkan semangat dan keperibadian umat Islam dengan menakluk Baghdad dan Baitul Maqdis. Mereka mengulangi peristiwa penaklukan Hulagu ke atas dunia Islam. Rancangan mereka
Dengan tewasnya dunia Islam di bawah pemerintahan ketenteraan penjajah atau di bawah pemerintahan raja-raja yang dilantik dan dalangi oleh
mereka, maka jahiliyah telah kembali semula mencengkam dunia Islam. Mereka mula menguasai ke akar umbinya, mengarahkan setiap institusi politik dan menguasai badan pendidikan, institusi perdagangan dan ekonomi dunia Islam. Dengan itu, mereka berjaya mempengaruhi hati orang-orang Islam samada secara suka atau terpaksa.
Dengan kembalinya jahiliyah menguasai dunia Islam, dunia Islam memerlukan orang-orang yang berdakwah dan berjihad untuk mengembalikan pemerintahan Islam di dunia Islam.
Respon Yang Dicetuskan Oleh Suasana
Ketika segolongan umat Islam yang ikhlas bingung menghadapi penyelewengan besar yang dilakukan oleh parti al-Ittihad wa al-Taraki, terdapat di kalangan mereka berusaha menghapuskan dan menentang bid’ah itu dengan
serta merta, tetapi gagal, sepertimana yang pernah diceritakan dalam kisah- kisah yang mashyur. Namun demikian, beberapa tahun kemudian bangkitlah usaha dari kesedaran di Baghdad dilakukan oleh seorang panglima tentera di
zaman Sultan Abdul Hamid. Beliau terkenal di kalangan penduduk Iraq dengan kemuliaan, ketakwaan dan keberaniannya. Orang yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Fadhil Basya al-Daghastani Rahimahullah. Dengan
kerjasama mereka yang terpilih dari kalangan pemimpin-pemimpin Baghdad kabilah al-Khatib, terbentuklah al-Hizb al-Islami atau Parti Islam secara rahsia. Tujuannya dinyatakan adalah untuk menentang pemerintahan golongan al-
Ittihad yang menyeleweng dari Islam dan berusaha mengembalikan pemerintahan Islam menurut bentuk terdahulu sebelumnya. 1 137 Usaha mereka itu dilakukan pada tahun 1913.
Situasi-situasi peperangan dunia yang pertama memaksa mereka menangguhkan perjuangan mereka dan menghadapi bahaya yang sedang melanda umat itu. Kemudian, pahlawan Islam Muhammad Fadhil al- Daghastani mati syahid terkena serpihan peluru meriam di dalam peperangan mengepung al-Kut. Peperangan itu berjaya meraih kemenangan yang gemilang dan diakhiri dengan kekalahan Inggeris di hadapan saki-baki mujahidin. Empat belas ribu orang tentera Inggeris telah menyerah diri dan mereka telah dijadikan orang tawanan. Peperangan ini dipimpin oleh Muhammad Fadhil al- Daghastani. Beliau mengetuai pasukan sukarelawan sebelum dan semasa peperangan tersebut. Pemimpin yang gagah perkasa itu dikebumikan di tepi kubur imam Abu Hanifah di Baghdad. Berkuburlah cita-cita yang mulia dan besar bersama beliau.
136 Syukri Muhammad Nadim, Harb al-‘Iraq, 1914-1918 137 Cerita mengenai parti ini boleh dibaca di dalam buku, Al-Baghdadiyyun: Akhbaruhum wa Majalisuhum karangan Ibrahim al-Darwabi.