Fiqh Dakwah Seorang Menteri Yang Juga Seorang Da’i
Fiqh Dakwah Seorang Menteri Yang Juga Seorang Da’i
Dengarkanlah kefahaman murni seorang faqih, ahli hadis, abid dan menteri kerajaan Abbasiyyah yang soleh, iaitu Ibnu Hubairah Al-Dauri Rahimahuliah.
tatkala dia membaca firman Allah S.W.T. :
“Seorang lelaki dari hujung negeri datang dengan berlari-lari (bersegera) (Al-Qasas
28: 20) dan firman Allah S.WT. :
“Seorang lelaki dari hujung negeri datang dengan berlari-lari (bersegera) katanya: “Hai kaumku, ikutlah utusan-utusan itu.” (Yasin 36:20)
Kata Ibnu Hubairah: “Aku perhatikan sebutan ‘dari hujung negeri’. Kedua-dua lelaki di dalam ayat tersebut datang dari jauh kerana ingin melaksanakan ‘amar makruf. Keduanya tidak duduk diam di rumah dengan alasan jauh perjalanan.” 103
Deduksi yang baik –walaupun kelihatan remeh- itu mendorong para da’i untuk berfikir. Terfikirkah da’i pada hari ini untuk merasa susah dalam memikul tugas dakwah yang memerlukan pergerakan seharian yang jauh?
101 Al-Fathu Al-Rabbani, m.s. 27 102 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 97 103 Ibnu Rejab, Zail Tabaqat al-Hanabilah, Jilid 1, m.s. 269
Pernahkah dia terfikir bahawa kesusahan ini telah dilalui oleh salafussoleh dari kalangan da’i golongan awal-awal Islam? Sifat-sifat mereka dinukilkan di dalam al-Quran yang memaparkan siri pengembaraan dan perjalanan mereka ke tempat-tempat yang jauh hanya semata-mata untuk mengembangkan dakwah dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
Firman Allah S.W.T.:
“Kemudian, datanglah seorang laki-laki berlari-laki dari ujung negeri, Katanya: Hai kaumku, ikutlah utusan-utusan itu.”
Lelaki yang mendengar dakwah itu terus menerimanya setelah melihat segala bukti kebenaran dan logik apa yang disebut dalam ucapannya kepada kaumnya. Apabila hakikat iman itu telah bertapak di hati, bergeraklah hakikat
itu di dalam hatinya. Hinggakan dia tidak tergamak untuk mendiamkan diri atau hanya diam membisu di rumahnya dengan akidahnya sedangkan dia melihat kesesatan, kekufuran dan maksiat berleluasa di kekelilingnya. Bahkan
dia bersegera mendokong kebenaran yang telah tertanam di jiwanya dan menyala di dalam sanubarinya. Dia bergegas dari tempat yang jauh berjumpa kaumnya untuk menyampaikan dakwah Islam kepada mereka walaupun
mereka menafi, menolak, menyangkal serta mengancamnya. Dia datang dari tempat yang jauh, dari hujung kota untuk melaksanakan tugas dakwah dan menyeru kaumnya kepada kebenaran. Dia menghalang niat jahat kaumnya
yang hampir-hampir mencederakan Rasul-rasul Allah a.s. Apa yang jelas ialah lelaki itu bukan orang yang mempunyai pangkat ataupun kekuasaan. Dia juga bukan orang yang mempunyai mempunyai
keluarga ternama untuk mempertahankannya. Tetapi akidah yang hidup di jiwanya itu mendesak dan mendorongnya untuk datang dari kawasan pedalaman yang paling jauh untuk menyampaikan dakwah Islam kepada
kaumnya. 104
104 Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 23, m.s. 16
Jihad Dengan Hujah
Kesedaran seorang muslim terhadap wajibnya berdakwah, kefahamannya terhadap masalah dakwah dan kejelasan pandangannya terhadap kedudukan masalah ini dalam ajaran Islam, semuanya itu menentukan bermulanya titik tolaknya di dalam kehidupan individu muslim. Ia juga merupakan langkah mula di dalam perencanaan reformasi jama’i.
Oleh itu, penjelasan terhadap wajibnya dakwah ini perlu dilakukan dengan beriya-iya, bersungguh-sungguh, jelas, mengambil panduan pelaksanan yang
dilakukan oleh salafussoleh dan contoh-contoh mereka yang menghidupkan kembali sunnah itu di zaman kita ini.
Sebagaimana kita telah lihat Abdullah bin Mas’ud r.a. meletakkan dirinya di Kufah untuk menghapuskan uzlah 105 , maka begitu juga kita dapat lihat al- Hassan al-Basri pemimpin tabi’in rahimahullah meletakkan dirinya di kota Basrah untuk membangkitkan semangat orang ramai terhadap dakwah dan menjelaskan erti islah kepada mereka. Beliau membacakan firman Allah S.W.T. kepada penduduk Basrah :
“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-- orang muslimin.” (Fussilat: 33)
Kemudian dia berkata: “Dia ialah mukmin yang menyahut seruan Allah, menyeru manusia kepada
apa yang disahuti dari seruan itu dan mengerjakan amal soleh di dalam menyahut seruan itu. Inilah kekasih Allah dan wali Allah.”
Bukan seperti orang lain yang mengasingkan diri, membisu dan menyembunyikan dirinya.
Semasa Ibnu al-Qayyim memetik kata-kata Hassan Basri ini , beliau menambah: “Maqam dakwah ke jalan Allah itu adalah semulia-mulia maqam seorang hamba.” 106
Begitu pantas Ibnu Qayyim memahami kata-kata Hassan Basri dan begitu juga begitu sama kata-kata beliau dengan kata-kata Abdul Qadir al-Kailani yang telah kita sebutkan sebelum ini. Ini semua membuktikan wujudnya kesatuan pemahaman hasil dari kesatuan metodologi yang mereka lalui.
Petikan Yang hampir sama Dari Satu Cahaya
Oleh kerana method mereka adalah menjadikan Al-Quran dan hadis sahih sebagai sumber pemahaman dan kesediaan jiwa mereka untuk menerima
105 Pengasingan diri dari masyarakat. 106 Ibnu Qayyim, Miftah Dar al-Sa’adah, Jilid 1, m.s. 153 105 Pengasingan diri dari masyarakat. 106 Ibnu Qayyim, Miftah Dar al-Sa’adah, Jilid 1, m.s. 153
Golongan yang mempertahankan kebenaran ini akan terus bergerak, mengambil erti zahir nas-nas hinggalah ke hari kiamat. Ia berbeza dengan kaedah yang digunakan oleh golongan-golongan lain yang terpengaruh dengan
kecelaruan ilmu falsafah, tarikan bid’ah, keinginan nafsu, kebaculan dan mempunyai kepentingan.
Mereka hanya mencari dan mengambil sesuatu yang sesuai dengan akal dan perasaan mereka. Mereka menolak segala perkara yang mendedahkan pekong mereka atau sedaya upaya cuba untuk memalingkannya dari maksud
sebenar yang zahir.