Erti Profesion Dakwah adalah kerja Ulama’....
Erti Profesion Dakwah adalah kerja Ulama’....
Orang yang tidak faham kadangkala juga keliru kerana adanya beberapa syubhat , menyangka bahawa tugas berdakwah di jalan Allah tidak wajib. Keraguan ini sama seperti mana-mana bid’ah yang hanya bersandar kepada
nas yang umum yang boleh ditakwilkan tafsirannya kepada banyak pengertian- pengertian khusus yang mungkin terkandung di dalam nas, tetapi pentafsiran tersebut tidak sesuai dengan kaedah umum syarak. Malah pentafsirannya menunjukkan erti yang bertentangan dengan kaedah umum syarak atau pentafsiran mereka dibatalkan oleh nas-nas yang lain yang mewajibkan penafsiran yang lain terhadap nas yang pertama tadi dan mendedahkan makna yang lemah pada pengertian nas tersebut.
Biasanya, di dalam mana-mana bid’ah, nas-nas di dalam melariskan bid’ah mereka ialah nas-nas yang jelas, tetapi hawa nafsu telah menyelewengkan nas--
nas tersebut dari erti zahirnya. Hawa nafsu adalah jalan kejiwaan yang menjelma dalam banyak bentuk dan disebabkan oleh pelbagai motif. Dari sinilah datangnya kepercayaan atau dakwaan tidak wajib dakwah ke atas setiap
73 Usul al-Da’wah, m.s. 275 73 Usul al-Da’wah, m.s. 275
Di antara syubhat itu ialah salah faham terhadap apa yang dikatakan oleh ulama’ kerja dakwah itu hanya khusus bagi orang yang berilmu sahaja
memandangkan ilmu merupakan salah satu syarat yang ditetapkan oleh fuqaha bagi mereka yang menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar. Seperti kata Imam ar-Radzi:
“Sesungguhnya tugas ini khusus buat ulama’. Ini kerana untuk menyeru kepada kebaikan seseorang itu mesti tahu tentang perkara-perkara kebaikan, perkara yang makruf dan perkara yang mungkar. Oleh itu, tugas ini disarankan kepada golongan ulama, bukan kepada golongan yang jahil. Ulama’ adalah
sebahagian dari umat Islam.” 74
Pendapat al-Radzi ini sama dengan pandangan al-Qurtubi dan al-Jassas. 75 Dari sinilah lahir kesamaran tersebut.
Pada hakikatnya berlaku kekeliruan dalam memahami masalah ini disebabkan perkataan “ulama” yang ditafsirkan oleh mereka yang keliru itu terhadap potongan ayat: “Hendaklah ada satu umat dari kamu”, yang disebut di
dalam al-Quran dengan anggapan bahawa dakwah itu disyaratkan mempunyai ilmu.
“Tidak syak lagi bahawa seruan kepada kebaikan, lebih-lebih lagi seruan kepada Allah, mesti disertai dengan ilmu. Walau bagaimanapun ilmu bukanlah
suatu yang tidak boleh dibahagi atau dipecahkan. Bahkan ilmu itu secara tabiinya adalah terbahagi-bahagi dan terpecah. Kadangkala seseorang itu mengetahui satu masalah tetapi jahil terhadap satu masalah yang lain. Oleh itu ia dianggap ulamak pada masalah pertama, maka wajiblah dia berdakwah dalam bidang yang diketahuinya dan tidak wajib berdakwah dalam bidang yang tidak diketahuinya.
Para fuqaha’ bersependapat bahawa ‘siapa yang jahil terhadap sesuatu atau hukumnya, dia tidak wajib berdakwah mengenainya. Ini kerana di antara
syarat sahnya dakwah adalah mengetahui dengan baik akan apa-apa yang diserukannya.
Atas dasar inilah maka setiap orang Islam mesti menyeru kepada Allah sekadar apa yang diketahuinya sebagaimana yang akan kita jelaskan kemudian. Itulah yang dimaksudkan dalam kata-kata bahawa dakwah itu hanya ‘wajib
keatas ulama’ dan tidak wajib kepada orang jahil’ . Ertinya, wajib kepada siapa yang mengetahui sesuatu masalah dan mengetahui hukum masalah yang diserunya, sama ada dia orang biasa ataupun dia telah mempunyai ilmu agama yang
banyak (ulama’). Dari sini nyatalah kesalahan orang yang berkata bahawa maksud perkataan “ulama’” ialah mereka yang mempunyai ilmu yang banyak sahaja. Kadang-kala mereka yang mempunyai ilmu ini digelar ‘orang agama’.
Nama itu juga menepati setiap orang Islam, kerana setiap orang Islam itu adalah orang Islam. Oleh itu dakwah tidak terbatas kepada golongan tertentu