Kesungguhan Al-Kailani Menerangkan Kewajipan Dakwah

Kesungguhan Al-Kailani Menerangkan Kewajipan Dakwah

Beriya-iyanya kita menerangkan kewajipan dakwah kepada Allah dan mengganggapnya sebagai langkah permulaan perjalanan adalah sama seperti yang dilakukan oleh al-Syeikh Abdul Qadir al-Kailani Rahimahullah. Beliau memberi peringatan kepada penduduk Baghdad di dalam pidatonya pada setiap minggu. Atau dengan ungkapan yang lebih sesuai, beliau memberi peringatan kepada pemuda-pemuda Islam terpilih yang datang berhimpun dari seluruh dunia ke ibu negara Islam, Baghdad.

Marilah kita ikuti jejak-jejak dakwah bersama-sama Imam al-Kailani di zamannya itu. Beliau menyifatkan pada da’i dengan katanya: “Mereka itu berada di maqam dakwah, menyeru manusia untuk mengenali Allah S.W.T.,

sentiasa menyeru hati-hati manusia kepadanya.” 113

Beliau menganggap kurniaan Allah S.W.T. kepada seseorang hamba untuk mencapai maqam dakwah ini adalah merupakan sebesar-besar nikmat.

Usaha seseorang hamba di dalam dakwah itu adalah menjadi bukti benarnya dia sebagai pengikut dan penyambung tugas Nabi S.A.W..

Katanya: “Barangsiapa yang benar ikutannya kepada Rasulullah S.A.W. dipakaikan padanya baju besi dan topi besi Baginda, disandangkan padanya pedang Baginda, dikurniakan kepadanya adab, sifat dan akhlak baginda, di pakaikan padanya persalinan baginda dan dia sangat gembira. Betapa tidak, kerana dia dari umat Baginda? Kerana itu, dia bersyukur kepada Tuhannya. Kemudian Allah S.WT. melantiknya sebagai pembantu atau pengganti Nabi S.A.W. di kalangan umatnya sebagai penunjuk dan da’i dan membimbing mereka kepada pintu kebenaran mengenal Allah S.W.T.

112 Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Jilid 18, m.s. 284 113 Abdul Kadir al-Kailani, al-Fathu al-Rabbani, m.s. 7

Baginda Rasulullah saw adalah penunjuk, pemandu, pemimpin dan da’i. Apabila Baginda wafat, Allah telah memilih pengganti dari kalangan umatnya.

Mereka tidak ramai, hanya beberapa individu sahaja dari tiap-tiap sejuta muslim. Itulah pemimpin dan pemandu umat, menunjukkan kebenaran kepada mereka dan bersabar menghadapi tekanan dan gangguan manusia. Mereka terus-menerus memberi nasihat, tersenyum berhadapan dengan orang munafik dan fasik. Mereka berusaha dengan pelbagai cara dan kebijaksanaan untuk melepaskan manusia dari nifaq dan fasik dan membawa manusia ke pintu Allah Azza Wajalla.” 114

Kemudian al-Kailani menyeru mereka supaya berusaha mematikan hawa nafsu yang jahat dan ammarah yang mengajak kepada kejahatan, agar mereka mencapai kehidupan dakwah.

Syeikh al-Kailani berkata: “Kamu dimatikan kemudian dibangkitkan. Apabila Tuhanmu mahu, akan

dibangkitkannya kamu untukNya. Kamu dikembalikan kepada manusia, supaya kamu menjaga kemaslahatan mereka dan mengembalikan mereka kepada pintuNya. Kamu didatangkan rasa cenderung kepada dunia dan

akhirat supaya kamu mengambil bahagianmu daripada kedua-duanya. Kamu diberikan kekuatan untuk menghadapi manusia lalu kamu mengembalikan mereka dari kesesatan.” 115

Syeikh al-Kailani meringkaskan sifat-sifat da’i dan syarat-syarat untuk mendapat perakuan thiqah di dalam satu sifat yang padat; iaitu sifat tajarrud yang sempurna dan melibatkan diri secara total ke dalam dakwah. Dengan demikian, da’i itu akan lupakan kepentingan dirinya. Tumpuannya hanyalah kepada orang yang diserunya dan hanya menuturkan perkataan yang memberi kebaikan kepada mad’u. Dunia da’i pula adalah luas tanpa had, tanpa perniagaan, tiada hawa nafsu dan tiada mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam dunianya. Yang ada di dalam dunia da’i hanyalah para mad’u yang didakwahnya. Itulah perniagaannya, keenakannya dan pangkat kebesarannya.

“Dia seolah-olah menjadi manusia yang tidak mempunyai nafsu, keinginan dan keseronokan dunia. Dia lupa makan minumnya, pakaiannya,

hatta dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah S.W.T. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah S.W.T (yang menjadi mad’unya). Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya di bawah ketentuan Allah S.W.T.” 116

Itulah contoh dan tauladan bagi para da’i tulen. Demikianlah sifat orang yang hendak bergabung dengan “qa’idah sulbah” (tunggak yang kukuh) di mana di atas tunggak inilah Islam pada hari ini akan dibina.

114 Ibid, m.s. 83 115 Ibid, m.s. 107 116 Ibid, m.s. 211

Demi Allah, dakwah ini tidak akan berjaya dan sampai kepada tujuan dan cita- citanya sekiranya kita hanya memberikannya waktu lapang kita untuknya, sedangkan

kita tidak melupakan diri dan makan minum kita. Sesungguhnya, jahiliah abad ke dua puluh ini telah menambahkan lagi kegelapan zaman mutakhir ini segelap-gelapnya. Janganlah kamu rela hidup di

dalam kegelapan, bahkan: Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita Memandu manusia kepada hidayah dan menerangkannya bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas berusahalah untuk menggerakkan orang yang berdiam diri Mulakanlah dengan kaum keluargamu apabila bertugas menjalankan dakwah kerana mereka itu lebih utama dan lebih hampir untuk dinasihati Allah menyuruh dakwah kepada kaum keluarga kita terlebih dahulu dan selepas itu, urusan menjadi mudah. 117

117 Walid al-‘Azumi, Diwan al-Zawabi, m.s. 124

Asas Fiqh Amal Jama’ie

Menurut Salafussoleh

Jalan menuju Allah adalah jalan yang terang dan lurus. Kamu telah mengorak langkah pertama untuk melalui jalan ini ketika kamu rela mendengar seruan penyeru yang mengajak meninggalkan pendapat dan pandangan taghut yang mengadakan peraturan yang menolak Allah. Kamu seterusnya telah tidak tunduk kepada proses penjinakan. Kamu kekalkan sifatmu sebagai anak keturunan singa, mereka tidak dapat menjadikan kamu anak kijang yang pengecut.

Kemudian kamu mula bersuara, bukan membisu dan diam. Kamu menyeru manusia kepada Allah, menyuruh manusia melakukan makruf, melarang mungkar. Tindakan kamu ini menjadikan kamu tergolong di kalangan “…orang-orang yang mengajar kebenaran dan mengasihani manusia..” sepertimana kata Ibnu Taimiyah. 118

Kamu menyayangi mereka dengan menyelamatkan mereka dari kesesatan yang lama memenatkan mereka dan menjauhkan mereka dari sakinah. Kesesatan ini telah menyerabutkan hati mereka, membingungkan pemikiran mereka dan mendera jasmani mereka dengan keletihan dan penyakit.

Kemudian… setelah itu semua.. Para pemimpin terus memanggil kamu: “Tidak mahukah kamu mendekatkan diri kepada Allah? Berusahalah kamu untuk menunjukkan hamba-hambaNya kepadaNya

kerana demikianlah yang dilakukan oleh para Nabi a.s. Tidak tahukah kamu bahawa mereka lebih mengutamakan urusan mengajar manusia daripada duduk mengasingkan diri beribadat, kerana mereka tahu bahawa dakwah itu lebih utama di sisi kekasih mereka (Allah)?”’ 119

Mereka masih bertanya kepadamu: “Bukankah para nabi itu hanya sibuk penat kerana manusia mendorong

mereka kepada kebaikan, melarang mereka dari kejahatan?” 120 Kamu masih menyahut seruan demi seruan. Alangkah indahnya apa yang telah anda lakukan. Langkah-langkahmu itu telah membawamu hingga ke separuh perjalanan, jadi teruskanlah langkahmu sehingga mencapai cita-cita dan matlamat.

Dokumen yang terkait

ANALISA BIAYA OPERASIONAL KENDARAAN PENGANGKUT SAMPAH KOTA MALANG (Studi Kasus : Pengangkutan Sampah dari TPS Kec. Blimbing ke TPA Supiturang, Malang)

24 196 2

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Khutbah Washil bin Atho' wa ma fiha minal asalib al-insyaiyah al-thalabiyah : dirasah tahliliyah

3 67 62

Manajemen Sumber Daya Manusia dalam Peningkatan Produktivitas sekolah : penelitian di SMK al-Amanah Serpong

20 218 83

Analysis On Students'Structure Competence In Complex Sentences : A Case Study at 2nd Year class of SMU TRIGUNA

8 98 53

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Partisipasi Politik Perempuan : Studi Kasus Bupati Perempuan Dalam Pemerintahan Dalam Kabupaten Karanganyar

3 106 88

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145

Perancangan media katalog sebagai sarana meningkatkan penjualan Bananpaper : laporan kerja praktek

8 71 19