Kita Hubungkan Generasi Lalu Dengan Generasi Seterusnya

Kita Hubungkan Generasi Lalu Dengan Generasi Seterusnya

Sesungguhnya, Islam hari ini sangat-sangat memerlukan kepada satu kumpulan da’i yang memiliki kefahaman ‘mengubah’ ini, memahami betul- betul kewajiban membawa petunjuk kepada manusia, tahu kedudukan mereka

di dalam angkatan dakwah yang berjalan dan mengerti bahawa mereka adalah mata rantai yang menghubungkan angkatan dahulu dengan angkatan yang akan datang nanti. Mereka bersama mengumandang nasyid:

Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita

Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan. 96

Betul....golongan yang terdahulu telah bersusah payah menyampaikan akidah tauhid kepada kita, mendidik kita, membersihkan akidah kita, membentuk kita dan menyelamatkan kita dari bahaya yang membinasakan. Oleh itu, sepatutnya kita setia kepada mereka, menyempurnakan janji kita dalam melaksanakan tugas dakwah yang telah diserahkan kepada kita supaya kita bekerja dan beramal seperti mana yang pernah mereka lakukan.

Mereka yang menanam pohonnya, kita yang menikmati hasilnya. Seterusnya, kita pula akan menanam pohon supaya buahnya boleh dimakan oleh generasi yang datang.

Penanaman itu memerlukan kita bergaul dengan orang ramai, berbicara dengan mereka dan mengucapkan kalimah kebenaran dengan tegas dan terus terang.

Tetapi, bagi sesiapa yang memilih untuk bersembunyi, mengasingkan diri dan enggan menentang pemikiran sesat dan kerosakan akhlak yang berlaku, maka

orang itu samalah seperti yang dikatakan oleh Mustafa al-Rafi’ie: “Orang itu menyangka bahawa dia telah lari dari kehinaan menuju kemuliaan, tetapi pelariaannya dari memerangi kehinaan itulah kehinaan bagi dirinya. Apa ertinya kesucian, amanah, al-sidq, kesetiaan, kebaikan, ehsan dan lain-lain kemuliaan bagi seorang yang berada keseorangan di padang pasir atau di puncak gunung? Bolehkah dianggap al’-sidq itu satu kemuliaan pada seseorang manusia jika di sekelilingnya hanya ada ketulan-ketulan batu? Demi Allah, sesungguhnya siapa yang langsung tidak memerangi keburukan, maka

dia sebenarnya langsung tidak mempunyai kebaikan dan kelebihan.” 97

Apakah bezanya antara orang yang mengasingkan diri di puncak gunung dengan orang yang membisu seribu bahasa di tengah-tengah orang ramai?

Masalah umat Islam hari ini sebenarnya bukanlah disebabkan kurangnya bilangan mereka. Begitu juga masalah dakwah Islam pada hari ini juga bukan disebabkan oleh kurangnya orang yang berpegang teguh dengan Islam di tengah-tengah kegawatan umat yang meninggalkan solat, mengamalkan bid’ah dan mendukung pemikiran kufur dan teori jahiliah. Tidak sekali-kali, kerana

96 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 149 97 Wahyu al-Qalam , Jilid 2, m.s. 97 96 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 149 97 Wahyu al-Qalam , Jilid 2, m.s. 97

Masalah yang berlaku ialah mereka ini tidak menzahirkan keIslaman mereka, tidak menyampaikan dakwah Islam kepada orang ramai atau mereka melakukan kerja-kerja dakwah tetapi tanpa adanya penyelarasan di kalangan mereka.

Seorang mujahid dakwah dan ahli fiqh Islam, Al-Syahid Abdul Qadir Audah telah menunjukkan makna ini kepada kita lalu berkata: “Di dunia Islam pada hari ini ada generasi terpelajar yang mepunyai ilmu Islam yang

tinggi. Mereka bersungguh-sungguh mengembalikan semula kedudukan Islam yang telah hilang. Dalam menegakkan kebenaran, mereka tidak takut kepada cercaan orang ramai. Namun, kekurangan mereka yang ketara ialah mereka terpengaruh oleh

pendekatan generasi terdahulu. Kebanyakan kerja-kerja mereka tertumpu kepada soal ibadah dan nasihat sahaja. Adalah lebih baik bagi mereka dan bagi agama ini sekiranya mereka tumpukan sebahagian besar usaha mereka bagi mengingatkan orang Islam

terhadap perlunya menghidupkan semula syariat mereka yang telah dipinggirkan dan menghapuskan undang-undang mereka yang bertentangan dengan Islam. ” 98

Imam Ahmad sendiri melakukan Amal Tajmi’

Da’i mesti mengenalpasti angkatan pemuda yang terbaik di dalam masyarakat dan seterusnya bergaul dan berkenalan dengan mereka, menziarahi mereka dan mengajar mereka kaedah menggabungkan dan menyelaraskan

tenaga-tenaga Islam. Tindakan ini akan memperbaharui sejarah yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, seorang da’i yang dihormati.

Diceritakan: “Apabila sampai kepada Imam Ahmad berita tentang seorang lelaki yang soleh atau zuhud atau yang menegakkan kebenaran dan mengikuti perintah Allah, beliau akan bertanya mengenai orang tersebut. Beliau amat gembira jika dapat

berkenalan dengannya serta mengetahui hal ehwalnya.” 99

Lihatlah, Imam Ahmad tidak mengasingkan diri dan lari dari orang ramai.

Da’i hari ini sepatutnya sentiasa mencari orang ramai, bertanya khabar, menemui dan bermusafir untuk menemui mereka serta menziarahi mereka di dalam tempat perhimpunan mereka. Orang yang hanya menunggu kedatangan

orang ramai untuk menemuinya sama ada di masjid atau di rumahnya, dia hanya akan tertinggal keseorangan dan dia hanya akan mempelajari seni menguap dan mengantuk.

Sebagai contoh, lihatlah kesungguhan Imam Ahmad yang disebut sewaktu sebahagian ulama’ memperkenalkan Musa bin Hizam (guru kepada Imam al- Bukhari dan al-Tarmizi).

“Beliau (Musa bin Hizam) adalah seorang soleh dan thiqah. Walaupun begitu sebenarnya pada peringkat awal, Musa menganut fahaman Murji’ah yang menyeleweng. Kemudian Allah menolongnya melalui Ahmad bin Hanbal. Beliau berubah dan menjadi pengikut sunnah, membela sunnah dan menentang siapa yang menyalahi sunnah, terus berpegang pada agama dan

98 Islam Baina Jahli Abnaihi wa Ajzi Ulamaihi, m.s. 65 99 Ibnu al-Jauzi, Manaqib al-Imam Ahmad, m.s. 218 98 Islam Baina Jahli Abnaihi wa Ajzi Ulamaihi, m.s. 65 99 Ibnu al-Jauzi, Manaqib al-Imam Ahmad, m.s. 218

Kata-kata itu sungguh bermakna kerana mengandungi makna dakwah yang sangat besar ertinya. Perubahan tidak akan berlaku hanya dengan angan- angan dan harapan.

Bayangkanlah bagaimana tekunnya Imam Ahmad mendampingi beliau, duduk lama bersama, berbincang dengan lemah lembut, tenang, penuh hikmat dan nasihat yang baik sehingga berjaya memalingkan beliau dari bid’ah golongan Murji’ah. Bid’ah itu telah membuatkannya beranggapan bahawa amalan bukanlah merupakan syarat kepada iman tetapi iman hanyalah kepercayaan di dalam hati sahaja. Imam Ahmad kemudiannya duduk lagi bersamanya, mengajarnya pula tentang hadis. Kemudian duduk lagi bersamanya bagi membangkitkan semangat. Begitulah secara terus-menerus sehingga akhirnya beliau menjadi pembela sunnah yang setia, menentang ahli bid’ah dan golongan pengikut hawa nafsu hinggalah beliau meninggal dunia.

Begitulah cara berdakwah dan berkhidmat demi Islam. Begitulah sikap para da’I salafussoleh terdahulu.

Mesti wujud hubungan dengan manusia. Anda mesti duduk bersama untuk mengajar mereka.

Anda mesti meninggalkan isteri, anak-anak, majlis-majlis keduniaan dan kesibukan perniagaan untuk beberapa jam setiap hari. Berikan ianya untuk

dakwah kepada Allah. Gunakan waktu ini untuk menarik orang sesat yang telah menjadi mangsa taghut hari ini dan memandunya ke jalan yang lurus. Atau gunakan waktu ini untuk membantu seseorang yang frust, kecewa dan mendiamkan diri, berduka cita melihat realiti kehidupan muslim tetapi dia sendiri dibelenggu dengan keinginan dunia. Moga dengan itu, anda dapat menggerakkannya dan menggegarkan jiwanya sambil merangkulnya dengan bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya itulah rangkulan keazaman yang pernah dilakukan oleh Jibril a.s. semasa memeluk Nabi kita Muhammad S.A.W sebanyak tiga kali di gua Hira’pada detikdetik pertama kenabian baginda. Jibril a.s. memeluk

baginda rapat-rapat dan bersungguh-sungguh. Kemudian barulah memerintahkan baginda:

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan” Begitu juga Rasulullah S.A.W. memeluk sepupunya Abdullah bin Abbas

dan berdoa: “Wahai Tuhanku ajarkan Al-Quran kepadanya.”

Seperti mana para da’I pernah merangkul kamu, maka kamu juga wajib merangkul orang lain. Pelukan yang meletakkan batas pemisah di antara zaman

dan masa relaks dan selesa dengan zaman memikul amanah secara tekad, penuh keazaman dan kesetiaan.

Allah S.WT. menolong ribu-ribu orang seperti Musa bin Hazam melalui usaha-usaha Imam Ahmad itu. Melalui mereka yang berjaya dibantu itu pula, helah golongan Jahmiyah dan Muktazilah berjaya ditolak dan mazhab al-

100 Ibnu al-Jauzi, Tahzib alTahzib, Jilid 10, m.s. 341 100 Ibnu al-Jauzi, Tahzib alTahzib, Jilid 10, m.s. 341

Sesungguhnya bagi para salafussoleh r.a, saat yang paling gembira bagi mereka ialah ketika melakukan kerja-kerja dakwah dan membawa hidayah kepada seseorang hasil asuhan tangan mereka.

Abdul Qadir al-Kailani telah berkata: “Maha Suci Allah yang telah menggerakkan hatiku untuk memberi

nasihat kepada manusia dan telah menjadikan kerja nasihat itu sebesar-besar cita-citaku.”

Dia berkata lagi: “Apabila aku melihat seorang murid yang benar telah berjaya lahir di bawah bimbinganku, aku pun merasai kenyang, puas dan aku merasa bangga dan gembira memikirkan bagaimana ia boleh terhasil dari bimbinganku?” 101

Inilah kepuasan dan kegembiraan mereka. Kegembiraan mereka bukanlah dengan mengarang kitab yang mengulang-ngulang perkara yang sama. Seorang alim yang sebenarnya ialah seorang da’i. Bagi orang alim yang

hanya mengarang kitab semata-mata, kita katakan kepada mereka: “Demi Allah, kamu bukanlah ulama’ atau orang yang bijaksana, tetapi kamu hanyalah memperdagangkan ilmu.” 102

Islam hari ini tidak memerlukan penambahan lagi terhadap kajian-kajian di dalam cabang-cabang ilmu fiqh berbanding keperluannya kepada da’i yang bergabung tenaga, tolong-menolong dan berganding bahu sesama mereka.

Dokumen yang terkait

ANALISA BIAYA OPERASIONAL KENDARAAN PENGANGKUT SAMPAH KOTA MALANG (Studi Kasus : Pengangkutan Sampah dari TPS Kec. Blimbing ke TPA Supiturang, Malang)

24 196 2

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Khutbah Washil bin Atho' wa ma fiha minal asalib al-insyaiyah al-thalabiyah : dirasah tahliliyah

3 67 62

Manajemen Sumber Daya Manusia dalam Peningkatan Produktivitas sekolah : penelitian di SMK al-Amanah Serpong

20 218 83

Analysis On Students'Structure Competence In Complex Sentences : A Case Study at 2nd Year class of SMU TRIGUNA

8 98 53

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Partisipasi Politik Perempuan : Studi Kasus Bupati Perempuan Dalam Pemerintahan Dalam Kabupaten Karanganyar

3 106 88

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145

Perancangan media katalog sebagai sarana meningkatkan penjualan Bananpaper : laporan kerja praktek

8 71 19