Kegemilangan Fiqh Harakah Tersembunyi Di Dalam Amanah Dan Ijtihad

Kegemilangan Fiqh Harakah Tersembunyi Di Dalam Amanah Dan Ijtihad

Pakar atom tidak layak untuk meremeh-remehkan Archimedes dan Pythagoras dan lain-lain saintis Yunani purba kerana kekuatan dan kepentingan formula-formula mereka sebenarnya saling bantu-bantu bagi memacukan roda sains. Semua mereka membuat suatu yang hebat bagi zaman masing-masing. Maka demikian juga da’i kini yang mencari formula untuk dakwah ini; mereka tidak patut meremehkan pemimpin dan fuqaha’ dakwah lampau dan tidak patut menipu untuk mengelirukan orang yang berbicara dengan mereka. Mereka hendaklah setia, amanah dan jujur dan menyebut ungkapan da’I Islam awal itu sebagaimana yang diungkapkan yang sudah tepat dan cukup untuk menyampaikan maksud. Mereka memainkan peranan untuk menghidupkan, menghubungkan, menganalisa dan menampilkan mana yang penting dan menjelaskan apa-apa yang disepakati di kalangan mereka. Ungkapan-ungkapan mereka yang telah dilupai itu jika dibawa semula menjadi bahan perbincangan dan dijadikan bahan perhatian, dibukakan hati-hati untuk memahaminya maka usaha ini seolah-olah menghidupkan kembali kalimah- kalimah da’i Islam yang telah mati dan menemuinya kembali setelah sekian lama hilang.

Golongan intelek Islam mestilah menyedari sifat yang wajib dalam perbincangan dakwah ini. Dia tidak patut rasa cuak, ego dan eksyen untuk memetik kata-kata orang dahulu. Tidak patut dia jemu merujuk buku-buku mereka berulang-ulang kali. Sesungguhnya fiqh ini adalah kurniaan kepada sebilangan kecil manusia yang dikasihinya sahaja.

Tetapi di samping itu, janganlah takut untuk berijtihad dan mengemukakan pandangan baru kerana fiqh dakwah tidak akan berkembang sekiranya da’i bertahan pada perkara umum, kekal pada perkara yang tidak ada khilaf. Dalam pada itu, mereka mesti bertegas di dalam metodologi kajian tanpa kompromi dan mereka mesti berpegang teguh pada usul-usul. Jangan biarkan orang yang terburu-buru ‘musta’jil’ atau orang yang takut pada risiko pertarungan mempermain-mainkan prinsip itu., hingga mereka bertindak membuta tuli dan Tetapi di samping itu, janganlah takut untuk berijtihad dan mengemukakan pandangan baru kerana fiqh dakwah tidak akan berkembang sekiranya da’i bertahan pada perkara umum, kekal pada perkara yang tidak ada khilaf. Dalam pada itu, mereka mesti bertegas di dalam metodologi kajian tanpa kompromi dan mereka mesti berpegang teguh pada usul-usul. Jangan biarkan orang yang terburu-buru ‘musta’jil’ atau orang yang takut pada risiko pertarungan mempermain-mainkan prinsip itu., hingga mereka bertindak membuta tuli dan

Saya sangat mengagumi kenyataan seorang da’i dalam majalah “al- Mujtama” mengenai perkara ini. Dia mengakui betapa penting dan besarnya peranan al-Syahid Syed Qutb dalam menjelaskan dan menentukan manhaj tarbiyah harakiah gerakan Islam. Demikian juga peranan yang dimainkan oleh al-Syahid Abdul Qadir Audah dalam menentukan metod perundangan Islam setelah berlakunya kebangkitan dan kesedaran umum Islam yang diilhamkan oleh Imam al-Syahid Hassan al-Banna. Ia mempersiapkan kedua-dua mereka dengan kesedaran itu. Begitu juga dengan peranan ketahanan pendirian yang ditunjukkan oleh Imam Hassan al-Hudhaibi.

Seterusnya penulis dalam penjelasan dan perincian itu menyentuh beberapa perbezaan pendapat yang didorong oleh kesungguhan dan keikhlasan,

memenuhi perubahan realiti dan peranan ijma’ yang sentiasa berterusan dalam menyelesaikan perselisihan. Penulis ini menutup kenyataannya dengan soalan: “Lihat, adakah harakah Islam ini mahu kembali kepada simple dan bentuk umum hanya kerana untuk mengelak dari kesukaran dan aman dan sebarang kebimbangan? Atau harakah ini akan melangkah maju lebih jauh ke depan memperincikan dengan detail tetapi terpaksa menanggung risiko akibat kemaraan dan kemelataan ini?” 177

Disebalik persoalan ini sebenarnya tersembunyi kesedaran sebenar terhadap peranan kajian fiqh dakwah dalam memajukan dakwah meskipun selepas itu terpaksa menolak sebahagian dan ijtihad para pengkaji.

Sekiranya kajian-kajian itu tidak mengemukakan ijtihad baru sekalipun, maka ia tidak sunyi dari ungkapan yang menambahjelaskan atau istilah yang mengkhususkan sesuatu maksud. Kajian ini mungkin juga mengandungi fatwa ahli fiqh yang lama dan disegani yang menerangkan asal-usul sesuatu pendapat yang kita sangka baru atau sekurang-kurangnya memperdekatkan ijtihad orang-orang lain dengan pengakuan dan persetujuan daripada pertikaian ijma’.

Apabila hati telah berkarat, jiwa menjadi keruh dan semangat kian pudar, maka kisah-kisah yang meniupkan semangat, kata-kata kiasan dan madah atau syair yang tersusun indah yang terkandung di dalam kajian-kajian ini adalah sebaik-baik rawatan secara halus. Ia mengandungi pengilapan, pelembutan, pembersihan dan nyalaan api.

Dokumen yang terkait

ANALISA BIAYA OPERASIONAL KENDARAAN PENGANGKUT SAMPAH KOTA MALANG (Studi Kasus : Pengangkutan Sampah dari TPS Kec. Blimbing ke TPA Supiturang, Malang)

24 196 2

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Khutbah Washil bin Atho' wa ma fiha minal asalib al-insyaiyah al-thalabiyah : dirasah tahliliyah

3 67 62

Manajemen Sumber Daya Manusia dalam Peningkatan Produktivitas sekolah : penelitian di SMK al-Amanah Serpong

20 218 83

Analysis On Students'Structure Competence In Complex Sentences : A Case Study at 2nd Year class of SMU TRIGUNA

8 98 53

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Partisipasi Politik Perempuan : Studi Kasus Bupati Perempuan Dalam Pemerintahan Dalam Kabupaten Karanganyar

3 106 88

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145

Perancangan media katalog sebagai sarana meningkatkan penjualan Bananpaper : laporan kerja praktek

8 71 19