Menilai Penghayatan Penyair Terhadap Puisi Terjemahan

144 Bahasa dan Sastra Indonesia SMA dan MA Kelas XII Program Bahasa adalah sibuk mengajar anak jiran menggaji Alquran dan engkau pulak malam-malam buta pergi tengok wayang. Belajar malas, menggaji pun tak mahu, kerjapun tak ada. Harapkan muka aje cantik.”Bengis dan garang” Pak Mail memarahi Milah. Pada Milah, Apa salah besarkah dia? Berdosakah dia menonton wayang dengan si Sidah anak makcik Senahtu.Cuma tengok wayang, lepastu pergi makan di Mc Donald dan terus balik. Macamana nak pergi siang hari. Si Sidah kerja waktu siang dan dia pulak tak habis-habis menolong emaknya berjualan di gerai Nasi Padang. Bukannya tiap- tiap hari dia pergi tengok wayang. Itu pun sekali-sekali pada malam Minggu. Macamana nak cari kerja? Siapa nak tolong emaknya nanti? Milah bukan bodoh belajar dan malas menggaji cuma dia terlalu penat setelah siang hari menolong emaknya berjualan. Bagi Milah, dia sanggup korbankan alam persekolahan dia, demi ingin menjadi anak yg baik dan menolong abah dan emaknya. Jiwa dia memang tertekan. Tingkah- lakunya mesti dijaga. Dia mesti berkelakuan baik, sopan, dan alim. Ini semua kerana ingin menjaga maruah kedua orang tuanya. Pelajaran Islam yang diajar oleh abahnya tak pernah Milah ingkari. Solat lima waktu akan Milah kerjakan walaupun badannya teramat letih setelah berkerja di siang hari. Semua sudah dia patuh, tapi abahnya tetap dengan peraturan ketatnya. “Dahlah Milah, jangan nak termenung lagi. Abah memang macam gitu. Dia marah kita bukan apa, dia sayangkan anak-anaknya. Pada abah ini tangong-jawab dia. Kalau dia tak marah sekarang, nanti di padang mashar dia di soal. Kakak faham betul perasaan kau. Jiwa orang remaja, memang nakkan kebebasan.” Kak Rohana cuba menasihati adiknya Milah. Setiap hari Ahad, Milah selalu pergi rumak kak longnya. Setelah menolong emaknya. Mak Cik Puteh berjualan separuh hari sahaja pada hari Minggu, Milah pasti akan ke rumah kakaknya yang tak jauh dari tempat jualan mereka. Kak Rohanalah tempat dia manja dan menggadu masalah peribadinya.Kalau tak ada kak Rohana, mungkin dah lama Milah lari dari rumah. “Milah bukan apa Kak Ana, Milah hanya pergi tengok wayang. Sedikit kebebasan pun tak boleh. Tak akan nak duduk pat rumah, kedai dan mengajar budak-budak jiran mengaji. Ini aje dunia Milah. Bosan tau Milah, nak jugak tengok dunia luar di sana. Pergi shopping ke atau berkelah. Janganlah kongkong Milah sampai macamni. Macam katak dalam tempurong. Sidahtu,semenjak dah kerja semangkin bergaya dah cantik. Milah pun nak macam Sidah, cantik dan bergaya. Kata orang, hasil duit penat berkerja nampak.” Milah cuba minta sokongan dan simpati dari kakaknya. “Itu kakak tahu.Kak Ana pun macam kau Milah.Kakaklah penyebab Abah garang dan kongkong kau macam gitu. Kakak, lagi teruk dari engkau.”Keluhan suara Kak Ana.”Tak akanlah kerana kakak kahwin muda, abah nak kongkong Milah pulak? 145 Kualitas Pendidikan di Indonesia Tanda soalan yang di tanya Milah seolah-olah tak munasabah. Sambung lagi perbualan antara kak Ana dan Milah, “Memang kakak kahwin muda Milah, tapi kerana nak tutup malu. Kau memang tak tahu hal ini. Peristiwa ini berlaku, kau masih kecil lagi Milah.” Kak Ana berhenti sekejap per- bualannya dan menarik nafas panjang sebelum meneruskan cerita- nya.”Apa kak Ana, nak tutup malu?” Milah bertanya dengan nadah heran dan tak sabar nak tahu cerita sebenarnya.”HEM” Kak Ana menganggutkan kepalanya. Tiba-tiba pintu rumah Kak Ana diketuk orang. Milah bangun dari sofa dan cuba melihat di lubang pintu. Perbualan mereka terpaksa dihenti- kan. Suami Kak Ana, abang Osman dah balik dari kerja.”Baru balik ya bang” tanya Milah pada abang iparnya.”Ya, Milah.Kau dari tadi atau baru sampai?”Bertanya balik soalan abang iparnya kepada Milah”AH Milah dari tadi duduk-duduk berbual-bual dengan Kak Long. Macam biasalah bang, dah habis jualan singgah sini. Mana lagi Milah nak pergi. Bukan boleh merayap tempat lain”Sambung perbualan Milah dengan Abang Osman. Osman macam biasa, sampai sahaja di rumah, dia pasti terus ke biliknya. Dia akan ke tempat tidur baby dan cium pipi baby montel kesayangannya yang sedang tidur dengan perlahan. Hingga terlupa dia tentang apa yang Milah sudah ucapkan tadi. Milah perhatikan gelagat abang iparnya yang memang sayang betul dengan si Natasha si comel yang baru 4 tahun. Dalam hatinya berkata, kalaulah dia dapat manja dan disayangi seperti Natasha, kan best. Abang Osman memang seorang ayah yang penyayang dan suami bertangung jawab dan baik hati orangnya. Beruntung Kak Ana bersuamikan Abang Osman. ”EhEhEh. Adik kakakni melamun aje dia”. Sambil menepuk bahunya Milah. Rohana memang manja dan mesra dengan Milah. Milahlah satu-satunya darah dagingnya. Mereka cuma dua beradik sahaja. Tak heranlah kalau orang tua mereka memang jaga betul dan kawal anak dara mereka. Kata orang dulu-dulu menjaga anak lelaki lebih senang dari menjaga anak perempuan. Tapi, jaga macam mana pun, kalau dah nak jadi perkara buruk dah tak boleh nak kata. “Kak Sambunglah cerita kakak tadi” Merayu Milah kepada kakaknya.”EH Tak bolehlah.Abang Man kan dah balik.Sekejap lagi, dia dah nak makan pula.Nanti,kalau abang Man keluar pergi rumah emak dia, kita sambung ok” jawab kak Ana.”EH Akak tak ikutke?Tanya Milah pada kakaknya.”Tak. Lagi pun abang cuma nak kasi duit aje pada mak nya”. “Abang Man tu, selalu ya kasi duit pada maknya” Tanya Milah kepada kak Ana”Ah Abang Man kau memang begitu. Dia memang siang-siang dah beritahu Kak Ana. Selagi dia mampu, dia akan tetap memberi duit pada orang tua dia. Kak Ana tak kisah Milah. Abang