Menjelaskan Tema, Plot, Tokoh, dan Perwatakan Ragam Sastra Prosa Naratif Terjemahan dalam Diskusi

145 Kualitas Pendidikan di Indonesia Tanda soalan yang di tanya Milah seolah-olah tak munasabah. Sambung lagi perbualan antara kak Ana dan Milah, “Memang kakak kahwin muda Milah, tapi kerana nak tutup malu. Kau memang tak tahu hal ini. Peristiwa ini berlaku, kau masih kecil lagi Milah.” Kak Ana berhenti sekejap per- bualannya dan menarik nafas panjang sebelum meneruskan cerita- nya.”Apa kak Ana, nak tutup malu?” Milah bertanya dengan nadah heran dan tak sabar nak tahu cerita sebenarnya.”HEM” Kak Ana menganggutkan kepalanya. Tiba-tiba pintu rumah Kak Ana diketuk orang. Milah bangun dari sofa dan cuba melihat di lubang pintu. Perbualan mereka terpaksa dihenti- kan. Suami Kak Ana, abang Osman dah balik dari kerja.”Baru balik ya bang” tanya Milah pada abang iparnya.”Ya, Milah.Kau dari tadi atau baru sampai?”Bertanya balik soalan abang iparnya kepada Milah”AH Milah dari tadi duduk-duduk berbual-bual dengan Kak Long. Macam biasalah bang, dah habis jualan singgah sini. Mana lagi Milah nak pergi. Bukan boleh merayap tempat lain”Sambung perbualan Milah dengan Abang Osman. Osman macam biasa, sampai sahaja di rumah, dia pasti terus ke biliknya. Dia akan ke tempat tidur baby dan cium pipi baby montel kesayangannya yang sedang tidur dengan perlahan. Hingga terlupa dia tentang apa yang Milah sudah ucapkan tadi. Milah perhatikan gelagat abang iparnya yang memang sayang betul dengan si Natasha si comel yang baru 4 tahun. Dalam hatinya berkata, kalaulah dia dapat manja dan disayangi seperti Natasha, kan best. Abang Osman memang seorang ayah yang penyayang dan suami bertangung jawab dan baik hati orangnya. Beruntung Kak Ana bersuamikan Abang Osman. ”EhEhEh. Adik kakakni melamun aje dia”. Sambil menepuk bahunya Milah. Rohana memang manja dan mesra dengan Milah. Milahlah satu-satunya darah dagingnya. Mereka cuma dua beradik sahaja. Tak heranlah kalau orang tua mereka memang jaga betul dan kawal anak dara mereka. Kata orang dulu-dulu menjaga anak lelaki lebih senang dari menjaga anak perempuan. Tapi, jaga macam mana pun, kalau dah nak jadi perkara buruk dah tak boleh nak kata. “Kak Sambunglah cerita kakak tadi” Merayu Milah kepada kakaknya.”EH Tak bolehlah.Abang Man kan dah balik.Sekejap lagi, dia dah nak makan pula.Nanti,kalau abang Man keluar pergi rumah emak dia, kita sambung ok” jawab kak Ana.”EH Akak tak ikutke?Tanya Milah pada kakaknya.”Tak. Lagi pun abang cuma nak kasi duit aje pada mak nya”. “Abang Man tu, selalu ya kasi duit pada maknya” Tanya Milah kepada kak Ana”Ah Abang Man kau memang begitu. Dia memang siang-siang dah beritahu Kak Ana. Selagi dia mampu, dia akan tetap memberi duit pada orang tua dia. Kak Ana tak kisah Milah. Abang