Klasifikasi sistem saraf buku sumber sains sukan Tingkatan 4

72 4.1.1 Sistem saraf pusat Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti dorsal badan. Sistem ini berperanan sebagai pusat intergrasi dan kawalan sistem saraf. 4.1.2 Sistem saraf periferi Sistem ini terdiri dari saraf-saraf unjuran dari otak dan saraf tunjang. Saraf-saraf sensori aferen membawa impuls dari reseptor sensori pelbagai bahagian tubuh ke sistem saraf pusat sementara saraf motor eferen membawa impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ, otot-otot dan kelenjar untuk menghasilkan sesuatu perlakuan. Sistem saraf periferi boleh diklasifikasikan kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik membolehkan kawalan otot-otot rangka. Sistem saraf autonomik mengawal atur aktiviti-aktiviti otot-otot kardiak dan licin serta kelenjar yang di luar kawalan. Rajah 2.8 Arka Refleks Sumber: Hall, S.H.2003, Basic Bi omechanics, 4 th ed. , McGraw Hill Sinaps Afektor Neuron eferon Reseptor Neuron aferen SAINS SUKAN 73

4.2 Fungsi sistem saraf

4.2.1 Mengintergrasikan rangsangan yang diterima. 4.2.2 Menterjemah rangsangan. 4.2.3 Mencetuskan pergerakan motor. 4.2.4 Menyimpan maklumat. 4.2.5 Menjana pemikiran dan idea.

4.3 Struktur Neuron

Neuron atau sel-sel saraf menghantar impuls-impuls saraf dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain tubuh melalui unjuran protoplasma yang panjang. Walaupun neuron-neuron terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, kesemua neuron mempunyai badan sel, akson dan dendrit. Rajah 2.9 Struktur Neuron Sumber : Marieb, N.M. 1997, Ess enti als of Human Anatomy and Physiolog y, Califor nia Nukleus pada badan sel Akson diliputi selaput Mielin dan neurilemma Nodus Ranvier Selaput mielin Terminal akson Sel schwan Neurilemma selaput schwan 74 i Dendrit Ia adalah fiber-fiber halus bercabang-cabang yang mengunjur dari badan sel. Ia berfungsi membawa impuls-impuls saraf ke badan sel. ii Akson Ia adalah satu fiber panjang yang membawa impuls saraf keluar dari badan sel. Akson disaluti dengan bahan putih dan berlemak yang dikenali sebagai mielin. Mielin melindungi dan menebat fiber-fiber serta meningkatkan kadar transmisi impuls saraf. iii Badan sel Ia mengandungi nukleus dan ia adalah pusat metabolik sel.

4.4 Sinaps dan transmisi impuls

4.4.1 Sinaps ialah tempat pertemuan khusus antara neuron transmisi dan neuron penerimaan. Sinaps berperanan dalam mengaturkan fungsi tisu dengan menyediakan laluan-laluan tertentu bagi pemindahan pelbagai maklumat saraf.