Pembolehubah-pembolehubah pembelajaran kemahiran motor
SAINS SUKAN
127
Dalam aspek kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi keupayaan motor yang dikemukakan
oleh Fleishman iaitu:
i Keupayaan persepsi motor
ii Kecekapan fizikal
i Keupayaan persepsi motor
Ciri-ciri keupayaan persepsi motor adalah:
Koordinasi pelbagai anggota Koordinasi ini melibatkan interaksi semua
anggota badan yang terlibat dalam sesuatu pergerakan. Contoh menangkap bola dan
membuat hantaran memerlukan koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan-kaki.
Ketepatan kawalan
Ketepatan kawalan merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti pergerakan
yang dihasilkan. Contohnya, seorang penerjun dapat mengawal postur semasa
membuat terjunan.
Orientasi respons
Orientasi respons merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan respon
yang sesuai dengan keperluan persekitaran. Contohnya keupayaan
penjaga gol bola sepak untuk mengurangkan sudut penjaring
menjaringkan gol dan keupayaan pemain badminton untuk memberikan respons yang
paling berkesan daripada pelbagai pilihan respons yang ada.
Masa reaksi
Masa reaksi merujuk kepada tempoh yang diambil untuk memulakan pergerakan
selepas menerima rangsangan. Contohnya masa yang diambil oleh seorang pelari
100m untuk memulakan larian selepas mendengar tembakan permulaan.
128
Kelajuan respons
Kelajuan respons merujuk kepada tempoh masa yang diambil untuk melengkapkan
pergerakan. Contohnya, dalam situasi larian 100m kelajuan respons adalah masa
yang dicatatkan untuk menamatkan perlumbaan.
Keupayaan manipulasi jari
Keupayaan manipulasi jari adalah keupayaan mengendalikan kemahiran halus
yang melibatkan penggunaan jari. Contohnya kemahiran bermain piano,
menjahit, ‘pitching’ dalam sukan sofbol, menjaring bola keranjang dan bola jaring
serta boling tenpin.
Keupayaan manual
Keupayaan manual merujuk kepada keupayaan mengendalikan kemahiran
kasar yang melibatkan penggunaan keseluruhan bahagian tangan contohnya
menangkap dan membaling.
Integrasi respons
Integrasi respons merujuk kepada integrasi pelbagai maklumat sensori untuk
menghasilkan pergerakan. Contohnya dalam permainan badminton seperti posisi
pemain lawan, kelajuan bulu tangkis dan arah bulu tangkis.
ii Kecekapan fizikal
Ciri-ciri kecekapan fizikal adalah : i Kekuatan
statik ii Kekuatan
dinamik iii Kekuatan
eksplosif iv
Kekuatan bahagian anggota atas v Kelenturan
statik vi Kelenturan
dinamik vii Koordinasi
asas viii Keseimbangan
asas ix Daya
tahan
SAINS SUKAN
129
3.2.2 Pemindahan pembelajaran
Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk kepada kesan kemahiran sedia ada ke atas kemahiran
baru yang hendak dipelajari. Situasi pemindahan pembelajaran boleh dilihat apabila pembolehubah
pengalaman pembelajaran lepas mempengaruhi proses pembelajaran yang sedang berlangsung.
Jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang umum ialah:
i Pemindahan positif
ii Pemindahan negatif
iii Pemindahan sifar
i Pemindahan positif
Pemindahan positif ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia
ada membantu pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya seorang yang mempunyai
kemahiran gimnastik akan lebih mudah mempelajari kemahiran acara terjun.
ii Pemindahan negatif
Pemindahan negatif merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada mengganggu proses
pembelajaran kemahiran baru. Contohnya
badminton dan tenis di mana kemahiran pukulan pepat dalam permainan badminton boleh
mengganggu pembelajaran kemahiran pukulan kilas dalam tenis.
iii Pemindahan sifar
Pemindahan sifar ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada tidak
memberi sebarang kesan ke atas proses pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya
kemahiran bola sepak tidak mempengaruhi keupayaan untuk mempelajari kemahiran golf.
130
Unit 4 – Asas Biomekanik
Biomekanik adalah sintesis bidang-bidang biologi dan mekanik yang bertujuan untuk memahami dan menjelaskan pergerakan manusia.
Biomekanik merupakan bidang yang mengkaji pertalian di antara struktur dan fungsi manusia serta interaksinya dalam konteks
penghasilan pergerakan.