Persimpangan saraf otot buku sumber sains sukan Tingkatan 4

SAINS SUKAN 77 Unit 8 – Sistem Tenaga 8.1 Pengenalan sistem tenaga Setiap pergerakan fizikal memerlukan tenaga. Tenaga boleh diperolehi melalui makanan. Penghasilan tenaga yang berterusan berlaku dalam badan kita untuk menampung kehidupan. Tenaga didefinisikan sebagai kapasiti melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi bertukar bentuk. Tenaga boleh terdapat dalam enam bentuk iaitu kimia, mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuklear. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan diguna untuk menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat ATP yang disimpan dalam sel-sel otot. A = Adenosina trifosfat o adenosina difosfat + fosfat bukan organik + tenaga Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori tenaga dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber tenaga semerta yang boleh diguna oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja.

8.2 Pembentukan Adenosina Trifosfat

Adenosina trifosfat ATP boleh dihasilkan melalui : a Sistem anaerobik alaktik ATP-PC b Sistem anaerobik laktik glikolisis anaerobiksistem asid laktik c Sistem aerobik sistem oksigen Adenosina P P P i ATP o ADP + Pi + Tenaga ATP P P P = A + P P P i = A + = = ADP + Pi ATP tenaga 78 i Sistem anaerobik alaktik ATP-PC ƒ Juga dikenali sebagai sistem fosfagen. ƒ Sistem ini membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi yang dilaksanakan sehingga 10 saat. ƒ Fosfokreatin PC disimpan dalam sel-sel otot. Tenaga dihasilkan apabila fosfat terurai dan pada sebatian fosfat kreatin. ƒ Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin C dan fosfat bukan organik P i . ƒ Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan ATP. ii Sistem anaerobik laktik Anaerobik glikolisis ƒ Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau hepar. ƒ Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa. ƒ Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila kandungannya dalam darah terlalu banyak. Tenaga + ADP + P i o ATP Tenaga C P