Sejarah Perkembangan Sains Sukan
SAINS SUKAN
8
semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah melibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari
tiga peristiwa penting yang telah berlaku antara tahun 1762 hingga 1789.
1762 Jean Jacques Rousseau telah menerbitkan buku Emile di mana beliau menggalakkan setiap
individu melibatkan diri dalam sukan kerana aksi dan pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti
yang ideal dan memanfaatkan kepada manusia.
1777 Era perindustrian bemula dengan penciptaan enjin stim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambah
dan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk rekreasi.
1789 Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile,
Perancis telah memulakan Revolusi Perancis di mana pembahagian masyarakat mengikut kelas
golongan bangsawan dan petani telah dihapuskan.
Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis, lumba kuda dan lawan pedang adalah terhad kepada
golongan atasan sahaja.
Hasil dari buku Emile oleh Rousseau, satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan
didapati 10 daripada jumlah penduduk negara tersebut gemar berjogging.
Perkembangan masyarakat ‘moden’ terutamanya dalam negara-negara Barat dapat dilihat dengan perjuangan
untuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalam aktiviti sukan. Pada awal dan pentengahan abad ke-20,
mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah Amerika Syarikat dan England.
Pada masa itu, penglibatan sukan adalah cenderung kepada kaum lelaki sahaja. Kebanyakan aktiviti
berbentuk ketenteraan.
SAINS SUKAN
9
ii Peringkat Pertengahan
Unsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkan secara tidak langsung pada akhir kurun ke-19 dan awal
kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti sukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, Edward
Mu ybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksi berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper 1907
seorang bangsa German telah menggunakan elektromiogram EMG untuk mengukur impuls elektrik
yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan. Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun
1970an dan 1980an.
Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains berkaitan dengan sukan seperti antropometri, biologi,
biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang dengan pesat. Hasil kajian dan sumbangan saintis-
saintis sukan telah dibukukan dan dijilidkan dalam jurnal.
iii Peringkat Terkini
Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat dalam penyelidikan sukan. Mereka menggunakan
kaedah-kaedah dan alatan-alatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih
2000 saintis sukan semasa Kongres Sains Sukan dunia anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa IOC kali ketiga di
Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995.
Penyelidikan sains sukan pada mulanya berlandaskan kepada pendidikan jasmani 1950an dan kemudian
berkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir 1960an dan awal 1970an. Pakar-pakar disiplin sains
yang lain menyumbang dalam kajian dan penyelidikan dalam sukan. Contohnya M.R. Yeadon 1993 seorang
pakar matematik mengkaji aksi kuang hadapan dan kuang belakang dalam gimnastik dan merumuskan
persamaan-persamaan matematik terhadap aksi tersebut.
Kajian-kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan atlit bertaraf dunia di negara Asia. Penemuan servis
sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintis sukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesan
dan menjadi popular di kalangan atlit negara lain.
SAINS SUKAN
10
Atlit negara China juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa acara sukan khususnya
gimnastik, renang dan terjun. Elemen-elemen sains sukan diberi tumpuan dalam pendidikan dan diterapkan
dalam melatih atlit-atlit sukan. Saintis sukan di negara China juga banyak menjalankan kajian untuk
meningkatkan kualiti sukan negara.
Penyelidik sukan di negara Korea telah merekacipta kasut memanah yang dapat membantu meningkatkan
prestasi sukan ini. Kasut ini telah mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa.
Para saintis sukan pula mula meluaskan bidang kajian mereka kepada pergerakan yang tidak berkaitan dengan
sukan seperti rehabilitasi anggota akibat penyakit atau kemalangan terhadap aksi anggota tiruan prostetik.
Kajian-kajian sains sukan pada masa kini berbentuk pendekatan gabungan disiplin-disiplin sains yang lain
multidisciplinary approach. Contohnya, kajian meningkatkan prestasi atlit supaya memuncak pada
masa yang tepat melibatkan kepakaran fisiologi, biokimia, psikologi, antropometri dan biomekanik.
Perkembangan Sains Sukan di Malaysia Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telah
ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar
Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972,
kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama.
Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma
pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk
program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani.
Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1996, program sarjana sains
sukan ditawarkan.
Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995 dan diikuti Institut Teknologi MAR A yang kini
SAINS SUKAN
11
dikenali sebagai Universiti Teknologi MAR A yang menawarkan diploma sains sukan.
Institut Sukan Negara ISN yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan
Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains
sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara.
Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia PPJM ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru,
pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam
pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar-seminar sains sukan pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan
dan Kecergasan Malaysia PPJSKM untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat
bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan.
Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains sukan sebagai satu mata
pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan
Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini akan dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun
2001.