SAINS SUKAN
14
atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan”.
Fungsi pengurusan sukan Di antara fungsi pengurusan sukan ialah :-
1. merancang 2. menyediakan
bajet 3. mengawal
4. mengarah 5. mengelola
6.
menyediakan jadual pertandingan 7. membuat
keputusan 8. menilai
Terdapat tiga elemen utama yang dapat menentukan kejayaan dalam sesebuah pengurusan sukan iaitu:-
a. persediaan profesional
b. sikap profesional
c. perkembangan profesional
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh seseorang pengurus itu maka kemajuan pengurusan sukan akan memperolehi kecemerlangan
dan kegemilangan.
3.2 Sistem Pertandingan
Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan
untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu :
a Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang
terdahulu atau melawan skor purata. b
Pertandingan melawan individu lain.
Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat
kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk
memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :
x Jenis pertandingan
x Masa yang diperlukan x Alatan dan kemudahan yang ada
x Agihan perlawanan yang adil
SAINS SUKAN
15
x Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan x Kewangan
x Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan
x Penentuan pemenang dan pemain yang sah Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan
dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah:
Pertandingan berbentuk kejohanan Pertandingan liga liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan dan
4 kumpulan Pertandingan kalah mati
Pertandingan cabar
mencabar
3.2.1 Pertandingan berbentuk kejohanan Pertandingan berbentuk ini membolehkan peserta bertanding
dalam beberapa acara yang berlainan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan pertandingan yang ada.
Pertandingan ini boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan
menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan. Antara jenis sukan yang sesuai dengan pertandingan bentuk ini seperti
olahraga, renang dan gimnastik.
3.2.2 Sistem Liga Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM