Kaedah Latihan Aerobik buku sumber sains sukan Tingkatan 4
SAINS SUKAN
87
2-3ms dan diperkenalkan pada awal musim persediaan umum bagi semua jenis sukan.
3.2.2 Latihan Fartlek
Latihan Fartlek yang diperkenalkan di Sweden bermaksud ‘speed play’ iaitu latihan pelbagai
kelajuan. Latihan ini biasanya diadakan di kawasan luar dengan keadaan permukaan tanah yang tinggi-
rendah. Selain meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya
meningkatkan keupayaan daya tahan otot. Latihan ini boleh dianggap sebagai latihan jeda tidak rasmi dan
diperkenalkan penghujung musim persediaan umum sehingga awal musim persediaan khusus. Latihan ini
dapat lebih difahami melalui contoh di bawah untuk satu sesi latihan :
Berjalan pantas selama lima minit Berlari anak selama 10 minit
Pecut dengan 70 kelajuan maksima selama 30 saat
Berjalan perlahan selama tiga minit Berlari dengan langkah panjang striding selama 2
minit Berlari anak selama lapan minit
Pecutan dengan 80 kelajuan maksima selama 20 saat
Berlari dengan 60 kelajuan maksima selama dua minit.
3.2.3 Latihan Jeda Jarak Jauh Latihan Jeda yang mula diperkenalkan di Jerman oleh
Dr. Woldmar Gerschler dan Hans Reindell pada awal tahun 30an adalah satu kaedah latihan saintifik yang
mempunyai jeda kerja dan jeda rehat. Kaedah ini lazim digunakan dalam latihan olahraga dan latihan
renang. Latihan jeda dianggap sebagai antara kaedah yang terbaik dan lazim diperkenalkan pada
penghujung musim persediaan umum dan lebih kerap digunakan dalam musim persediaan khusus.
Bagi latihan jeda jarak jauh, nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : ½ hingga 1: 1 bergantung
kepada jarak larian atau masa yang diambil untuk menamatkan sesuatu larian. Contohnya adalah
seperti berikut :
88
Masa larian = 10 minit Masa rehat = 5 minit
Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : ½
Masa larian = 3 minit Masa rehat = 3 minit
Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1: 1
Ulangan yang dicadangkan adalah antara 2 hingga 3 ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan antara 3
hingga 4 ulangan bagi jarak yang kurang daripada 800 meter bagi satu larian ulangan. Sementara itu,
jumlah set yang dicadangkan adalah sama seperti jumlah ulangan, dan rehat antara set ditentukan oleh
kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar nadi turun kepada 120 denyut seminit, barulah set kedua
dimulakan.
Preskripsi latihan jeda boleh ditulis seperti berikut : 3 x 1500 meter x 2 set 8 minit 1:12 , bermaksud :
3 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian, dibuat dalam 2 set, dengan jeda kerja selama 8 minit
bagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit.