Peraturan Am Pertandingan buku sumber sains sukan Tingkatan 4
SAINS SUKAN
27
Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang- undang permainan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja
MSSM dan Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan.
ii Kelayakan
a Peserta: x Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-
sekolah rendah dan menengah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri layak menyertai
pertandingan permainan MSSM. x Pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan
SPMSPMVSTPM tidak layak menyertai semua pertandingan MSSM.
x Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPMSPMVSTPM layak menyertai
pertandingan permainan MSSM dengan syarat sekolah swasta berkenaan bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Negeri.
x Pelajar-pelajar yang ditempatkan di Akademi Permainan Kebangsaan dan Sekolah Sukan Kementerian Pendidikan
Malaysia hendaklah mewakili negeri asal tempat ia bersekolah di dalam pertandingan MSSM.
x Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri asalnya maka ia dibenarkan bermain dengan negeri lain
dengan syarat MSS Negeri berkenaan mendapatkan kebenaran daripada MSS Negeri asal pemain.
x Pemain yang mewakili MSS Negeri lain tanpa mendapat kebenaran daripada MSS Negeri asalnya tidak dibenarkan
bertanding ke Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin hendaklah diambil terhadapnya oleh Urusetia MSSM.
x Pemain yang BUKAN warganegara Malaysia dibenarkan mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah dan
negeri sahaja. Kejohanan peringkat MSSM H ANYA untuk warganegara Malaysia.
b Sekolah Sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli gabungan
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
SAINS SUKAN
28
c Negeri Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri adalah layak mengambil
bahagian dalam pertandingan ini. Setiap negeri hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur
dalam sesuatu pertandingan melainkan ada sesuatu ketetapan khas.
iii Had umur peserta
Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut:
x 18 tahun dan ke bawah x 15 tahun dan ke bawah
x 12 tahun dan ke bawah
a Kiraan umur 18 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah,
12 tahun dan ke bawah adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.
b Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada
peringkat umur yang disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
c Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam
satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.
d Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak
dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya melainkan ada sesuatu
ketetapan khas.
e Peserta peringkat umur 18 tahun dan ke bawah hendaklah
bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad
pengenalan mesti mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran Borang JPN 19 atau JPN
111 dan salinan sijil beranak yang disahkan oleh pengetua sekolah peserta berkenaan.
f Peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah
melengkapkan borang pendaftaran pertandingan individu beserta gambar dengan menyertakan salinan sijil beranak yang
disahkan oleh Guru Besar sekolah peserta berkenaan serta Setiausaha Agung MSS Negeri tersebut.
SAINS SUKAN
29
iv Pendaftaran a
Setiap MSS Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai pasukan dan peserta seperti yang ditetapkan.
b Pasukan yang ada peserta perempuan mesti ditemani oleh
seorang Penolong Pengurus atau Jurulatih Wanita. c
Pendaftaran Pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak
Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan diborang
pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang di PertuaSetiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri
dengan cop rasmi.
d Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengerusi teknik
permainan negeri masing-masing ke mesyuarat pengerusi teknik permainan berkenaan yang diadakan serentak dengan
kejohanan MSSM.
e Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengadilhakim
bertauliah yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepertimana bilangan yang ditetapkan.
f Sekiranya MSS Negeri yang mengelolakan pertandingan MSSM
memerlukan khidmat PengadilHakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran daripada Urusetia MSSM
hendaklah diperolehi.
g Semua PengurusPegawai Pasukan MSS Negeri hendaklah
hadir di majlis taklimat yang diadakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
v Pakaian Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan
yang mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walau bagaimanapun bagi permainan yang
telah menetapkan warna khusus jersi MSS negeri oleh Jawatankuasa Teknik MSSM maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi.
vi Bantahan a
Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Wang
tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat ditolak.
b Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan sukan berkenaan.
SAINS SUKAN
30
c Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka
selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.
vii Lembaga Tatatertib a
Lembaga ini terdiri daripada: x Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah atau
wakilnya sebagai pengerusi. x Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM atau wakilnya.
x Pengarah Bahagian Sekolah atau wakilnya. x Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya.
x Pengerusi Teknik permainan berkenaan.
b Lembaga ini bertangunggungjawab untuk:
x Mengambil tindakan mengenai disiplin murid, guru dan pegawai-pegawai kejohanan yang berkenaan bagi perkara-
perkara seperti berikut : Memberi
amaran Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan x Menghantar laporan kepada Urusetia MSSM mengenai
peristiwa yang telah berlaku selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan dan membuat syor atau cadangan
mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Kes-kes yang lebih berat yang melibatkan disiplin pegawai hendaklah
dilaporkan kepada Jawatankuasa Kerja MSSM untuk tindakan selanjutnya.
x Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM hendaklah dilaporkan
kepada Persatuan permainan negeri atau kebangsaan yang berkenaan.
UNDANG- UNDANG
LEMBAGA TATATERT IB
BANTAH AN
KELAYAKAN PENDAFT ARAN
HAD UMUR PESERTA
PAKAIAN PERATURA N-
PERATURA N AM PERTANDINGAN
SAINS SUKAN
31
Unit 4 - Psikologi Sukan 4.1
Asas Psikologi Sukan
4.1.1 Konsep Psikologi Sukan Definisi:
a. Psikologi
Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia Wann, 1997.
b. Psikologi Sukan
Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif
keatas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut Wann, 1997.
Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia dalam sukan
4.1.2 Peranan Psikologis Sukan a. Penyelidik Psikologi Sukan - menyelidik serta menambahkan
pengetahuan kita tentang bidang ini. b. Pendidik Psikologi Sukan - mengajar kemahiran psikologi
serta bidang akademik dan melakukan kajian untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini.
c. Ahli psikologi sukan klinikal - membantu atlit menyelesaikan masalah yang bersifat klinikal seperti aneroxia dan
patologikal. Lazimnya bersifat peribadi.
4.1.3 Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi Kognitif:
Tafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum, semasa dan
selepas sesuatu aktiviti.
SAINS SUKAN
32
Emosi:
Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran kognitif yang
telah dilakukan. Ianya akan meningkatkan atau menurunkan prestasi atlit.
Fizikal PerlakuanPsikomotor:
Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlit.
Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi 4.2 Motivasi
4.2.1 Konsep Motivasi
Definisi Arah dan intensiti usaha seseorang individu Sage, 1977. Ianya
bersifat neutral.
a. arah - mendekati atau mengelakan diri dari situasi tertentu. b. intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati
atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. Sumber
a. Intrinsik dalaman - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
Fi zikal
Emosi Kognitif
Prestasi
SAINS SUKAN
33
b. Ekstrinsik luaran - berdasarkan ganjaran positifnegatif, orang tersayang, persekitaran.
4.2.2 Moti vasi dan Ganjaran Ganjaran yang diterima boleh meningkat atau menurunkan
motivasi individu. a. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi,
anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit, dapat
meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti pujian atau
senyuman jurulatih yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit dapat meningkatkan motivasi
intrinsik atlit tersebut. b. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi,
anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan
motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti kata-kata
semangat atau perangsang yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi
intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan.
4.2.3 Kemahiran Memotivasikan Diri Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri
individu adalah penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri.
a. Penetapan matlamat Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan
prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.
SAINS SUKAN
34
Tahap-Tahap Penetapan Matlamat a. Matlamat Jangka Panjang
Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit
atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. b. Matlamat Jangka Sederhana
Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang
atlit atau pasukan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk
menepati matlamat terakhir. c. Matlamat Jangka Pendek
Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk
menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka
panjang. Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin
untuk memotivasikan individu tersebut disamping menjadi panduan kayu ukur untuk menilai sama ada apa yang
dirancangkan menepati matlamat.
b. Kata-Kata Rangsangan Diri Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan
untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensiti usaha seseorang individu atau pasukan. Boleh berbentuk
slogan-slogan tertentu Contoh: Malaysia Boleh ataupun perkataan yang menggambarkan ciri-ciri tertentu kuat
seperti harimau, kata- kata hikmat andalah yang terbaik, youre the best serta doa.
SAINS SUKAN
35