Keperluan Nutrien dan Pemakanan Seimbang

96 4.2.1 Nutrien essential dan bukan essential Nutrien essential adalah nutrien yang diperlukan oleh badan tetapi terlalu sedikit dihasilkan atau tidak boleh dihasilkan oleh badan. Karbohidrat dianggap sebagai nutrien essential kerana ‘dietary fiber’ yang terdiri dari karbohidrat diperlukan untuk mengelakkan penyakit tertentu. Karbohidrat, lemak, protein, air dan beberapa mineral dan elektrolit dinamakan makronutrien kerana diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Mikronutrien adalah nutrien yang diperlukan juga tetapi dalam jumlah yang kecil ukuran dalam miligram dan mikrogram Jadual 3.1 Nutrien Essential bagi Manusia Karbohidrat Makanan berserat fiber Lem ak Asid Lem ak Esential Asid lemak linoleik Asid lemak alfa linoleik Protein Asid Am ino Esential Histidine Phenylalanine Isoleucine Threonine Leucine Tryptophan Lysine Valine Methionine Vitam ins Larut Air Larut Lemak B1 thiamin A retinol B2 riboflavin D kalsiferol Noacin E tokoferol B6 pyridoxine K Asid pantothenic Folacin B12 cyanocobalamin Biotin C asid askorbik Mineral Utama Trace Surih Kalsium Boron Manganese Klorida Kromium Molybedum Magnesium Kobalt Nikel Fosforus Kuprum Selenium Kalium Fluorine Silikon Natrium Iodine Vanadium Sulfur Ferum Zink Air Sumber: Williams, 2002 SAINS SUKAN 97 Nutrien bukan essential adalah nutrien yang terdapat dalam makanan dan boleh juga dihasilkan oleh badan. Contohnya glukosa atau dikenali sebagai karbohidrat ringkas. Glukosa boleh didapati daripada makanan dan pada masa yang sama boleh dibentuk daripada penguraian lemak dan protein. Dalam aktiviti fizikal, glukosa diperlukan untuk membekalkan tenaga tetapi pengambilan glukosa dalam diet harian adalah tidak perlu. Jadual 3.2 Nutrien bukan essential Sumber: Williams, 2002 Dietary Reference Intakes DRI adalah rujukan bagi jumlah nutrien yang setiap individu patut makan untuk hidup sihat dan mengelakkan daripada penyakit. Jumlah ini didapati melalui penyelidikan dan berubah mengikut semasa. 4.2.2 Panduan Piramid Makanan Piramid makanan telah dibentuk sebagai rujukan kepada kepelbagaian makanan, jumlah kalori yang terdapat dalan setiap kumpulan makanan dan pengambilan lemak, minyak dan gula secara sederhana. Enam kumpulan makanan dalam Piramid Makanan termasuk roti, cereal, nasi dan pasta 6-11 hidangan, kumpulan sayuran 3-5 hidangan, kumpulan buah- buahan 2-4 hidangan, kumpulan terbitan susu seperti yogurt dan keju 2-3 hidangan, kumpulan daging, ikan, ayam, telur dan kekacang 2-3 hidangan dan kumpulan lemak, minyak dan gula berpada-pada. Nutrien Bukan Essential Karnitine Kreatin Gliserol 98 Rajah 3.1 Piramid Makanan Sumber: McArdle, Katch, W.D., F.I . Katc h., V. L. 2000 Essentials of Exercise Physiology,2 nd ed., Lippinc ott Williams Wil kins

4.3 Tenaga bagi Manusia

Dalam tubuh manusia, tisu badan menyimpan tenaga kimia yang boleh menjana tenaga elektrik untuk menghasilkan impuls saraf, menghasilkan haba untuk menyelenggarakan suhu badan pada 37 qC 98.6qF. 4.3.1 Definisi dan Ukuran Tenaga Tenaga merujuk kepada kapasiti untuk membuat kerja. Kerja juga dikenali sebagai tenaga mekanikal. Contohnya apabila atlit merejam lembing, atlit tersebut telah melakukan kerja, pada masa yang sama menghasilkan tenaga mekanikal. Kerja merujuk kepada hasil kerja pada jarak yang dilakukan. Kerja = Daya x Jarak SAINS SUKAN 99 Apabila kita merujuk kepada kecepatan melakukan kerja, kita merujuk kepada Kuasa Kuasa = Kerja Masa Bagaimana kita mengukur tenaga dan kerja? Tenaga boleh diukur dengan Joules, kilogram-meters KGM, Watts 1 Joule = 0.102 KGM 1 Watt = 1 Joule per saat Contoh kiraan: Apabila atlit mengangkat berat sebanyak 10 kg dan menaiki tangga setinggi 50 m dan mengambil masa satu minit, maka atlit tersebut telah melakukan 500 KGM. Ini bermakna atlit tersebut telah melakukan sebanyak 4,901 Joule. Atlit tersebut juga telah menjana Kuasa sebanyak 81.7 Watt. Satu 1 kalori merujuk kepada ukuran tenaga haba. 1 gram kalori mewakili jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu air sebanyak satu darjah celcius. 1 kilokalori kcal = 1000 kalori C 1 gram karbohidrat = 4.30 C 1 gram lemak = 9.45 C 1 gram protin = 5.65 C Peringatan: 6 jenis tenaga adalah mekanikal, kimia, elektrikal, haba, cahaya dan haba. 4.3.2 Simpanan Tenaga dalam Badan Tenaga dalam badan yang boleh digunakan serta merta disimpan dalam bentuk adenosine trifosfat ATP dan fosfokreatine PCr. Kedua-dua ATP dan PCr terdapat dalam tisu dalam jumlah yang sedikit dan mudah habis dalam beberapa saat sahaja. ATP dan PCr membekalkan tenaga utama bagi larian pecut seperti 100m. Oleh itu amatlah penting untuk memastikan simpanan ATP dan PCr dalam tisu badan mencukupi. Karbohidrat, lemak dan protein dalam badan boleh membentuk ATP dan PCr. Tenaga yang paling banyak disimpan dalam badan adalah dalam bentuk lemak iaitu