Perkembangan Tulang buku sumber sains sukan Tingkatan 4

SAINS SUKAN 53 hailin. Kartilej hailin ini kemudiannya digantikan dengan tulang pada kanak-kanak. Proses pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan tulang rangka melibatkan dua peringkat. Pada peringkat pertama, osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hailin dengan bahan matriks bermineral. Ini mewujudkan tulang-tulang yang berkartilej di sebelah dalam dan bertulang sebenar di sebelah luar. Pada peringkat yang berikutnya, model kartilej hailin di sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti medulari. Kebanyakan dari model kartilej hailin telahpun digantikan dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan. Kecuali dua kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menutup kedua-dua hujung tulang dan plat epifiseal. 2.5.2 Tumbesaran tulang Arah tumbesaran Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Plat epifiseal adalah kawasan bagi tumbesaran secara memanjang bagi tulang-tulang panjang semasa kanak- kanak. Semasa tumbesaran, sel-sel pada plat epifiseal membahagi secara mitosis dan memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis. Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang hampir lengkap, hormon-hormon seks merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifiseal. Keadaan ini menyebabkan plat epifiseal menjadi nipis. Apabila tumbesaran secara memanjang terhenti pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak tetapi osifikasi terus berlaku sehingga lapan tahun selepas itu. Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan epifisis dan garisan epifiseal menggantikan plat epifiseal. Semasa tumbesaran, diameter tulang juga bertambah. Pertambahan ini adalah kesan dari pertambahan beban ke atas tulang. 54 2.5.3 Keperluan mineral, vitamin dan hormon. Keperluan untuk tumbesaran tulang secara normal Garam mineral i Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang. ii Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang sejak di peringkat pra natal lagi. Vitamin i Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang. ii Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat. iii Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang rosak. Hormon i Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan hormon seks diperlukan untuk tumbesaran tulang. SAINS SUKAN 55

2.6 Jenis-Jenis Sendi

Synarthroses Amphiarthroses Diarthroses Sendi Sendi Sendi ‘fibrous’ ‘cartilagenous’ ‘sinovial’ 2.6.1 Sendi Berdasarkan Fungsi Fungsi Contoh Sendi Contoh Pergerakan 1. Tidak bergerak synarthroses Sutur antara tulang-tulang tengkorak, sendi antara gigi dengan maksila dan mandibel, kartilej epifiseal dan garisan epifiseal Tiada pergerakan 2. Gerakan terhad amphiarthroses Artikukasi distal antara tibia dengan fibula, simfisis pubis, dan artikulasi antara turus vertebra di cakera intervetebra Pergerakan yang terhad 3. Gerakan bebas diarthroses Sendi lesung x Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel x Sendi siku dan lutut Sendi kondil x Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki x Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsipaksi x Sendi antara ulna dan radius x Sendi antara atlas dan tengkorak Sendi gelungsur x Sendi antara tulang tarsal x antara tulang karpal ƒ Rotasi ƒ sirkumduksi ƒ fleksi ƒ ekstensi ƒ hiperekstensi ƒ abduksi ƒ adduksi ƒ semua pergerakan bersudut:- fleksi, ekstensi, abduksi, adduksi dan sirkumduksi ƒ pronasi dan supinasi ƒ rotasi ƒ Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau Sendi Berdasarkan Fungsi pergerakan Berdasarkan Struktur 56 Fungsi Contoh Sendi Contoh Pergerakan x sendi antara klavikel dan sternum x antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan sternum Sendi pelana x Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan ke kanan, contoh pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh ƒ fleksi ƒ ekstensi ƒ abduksi ƒ adduksi ƒ sirkumduksi Rajah 2.5 Jenis sendi sinovial Sumber : Marieb, N.M. 1997, Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, Californi a Sendi gelumgsur Sendi Engsel hinge joint Sendi Paksi Pivot Joint Sendi kondil Condyloid Joint Sendi Pelana Sendi lesung Sendi Engsel Hinge Joint Sendi Gelungsur