50
v Penyimpanan mineral
Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulang-
tulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral- mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian
lain tubuh apabila diperlukan.
Contoh: Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang
yang lain seperti untuk penguncupan otot.
2.3 Klasifikasi Tulang
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang memenuhi keperluan khusus bagi
tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya.
2.3.1 Tulang panjang Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih
panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakan daripada tulang-tulang panjang adalah tulang-tulang
mampat.
Contoh: Tulang pada tangan humerus, radius, ulna, metakarpal dan falanges dan kaki femur, tibia, fibula,
metatarsal, falangus kecuali pergelangan tangan dan pergelangan kaki.
2.3.2 Tulang pendek Secara umumnya tulang-tulang pendek berbentuk kiub
dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang ini berperanan memindahkan daya. Tulang-tulang ini
berongga.
Contoh : Tulang-tulang pergelangan tangan karpal dan pergelangan kaki tarsal.
SAINS SUKAN
51
2.3.3 Tulang leperpipih Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung.
Tulang-tulang ini berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya.
Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.
2.3.4 Tulang tak sama bentuk Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat
pelekatan otot atau artikulasi.
Contoh : tulang-tulang vertebra servikel, torasik, lumbar, sekrum dan koksiks dan tulang telinga tengah stapes,
inkus, maleus.
2.4 Struktur Tulang Panjang
Tulang panjang terdiri dari diafisis dan dua epifisis. 2.4.1 Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang.
Setiap epifisis terdiri dari lapisan nipis tulang mampat yang melingkari kawasan tulang yang berongga. Epifisis
dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam
tumbesaran tulang secara memanjang. Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila tumbesaran
tulang terhenti pada akhir remaja.
2.4.2 Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi membran tisu penghubung berfiber yang
dikenali sebagai periosteum. Diafisis melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum-sum kuning tulang.
2.4.3 Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan lapisan dalam bersel. Melainkan di antara kaviti sendi,
lapisan superfisial tulang panjang yang melindungi semua tulang panjang dibaluti oleh periosteum.
Periosteum: i
mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di sekelilingnya.
ii menyediakan laluan peredaran dan pembekalan
saraf. iii terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan
pembaikan tulang.