106
4.6 Air dan Elektrolit
Air adalah cecair jernih, tiada rasa dan bau. Ia merupakan molekul yang ringkas dua bahagian hidrogen dan satu
bahagian oksigen – H
2
O tetapi elemen yang paling penting untuk kehidupan. Manusia boleh hidup tanpa air selama 7 hari.
Air tidak memberikan tenaga tetapi penting dalam proses metabolisme. Air amat penting bagi menyelenggarakan suhu
badan. Kehilangan air dituruti dengan kehilangan elektrolit.
Elektrolit natrium, kalium klorida adalah penting untuk beberapa fungsi fisiologikal seperti penguncupan otot dan
keseimbangan cecair badan.
4.6.1 Keperluan dan Kepentingan Orang dewasa memerlukan antara 2000-2800 ml air
sehari untuk memastikan keseimbangan cecair badan. Atlit memerlukan pengambilan air yang lebih banyak
terutamanya bagi menyelenggarakan suhu badan. Air boleh dibekalkan secara langsung melalui minuman
termasuk jus buahan, susu dan juga melalui makanan. Proses metabolisme yang melibatkan penguraian
karbohidrat, lemak dan protein juga akan menghasilkan air. 65 dari air dalam badan distor dalam sel intrasel
manakala yang lain di luar sel seperti dalam pembuluh darah dan cecair serebrospinal ekstrasel.
Elektrolit adalah bahan, dalam bentuk cecair yang boleh mengkonduksikan arus elektrik. Cecair tersebut juga
dikenali sebagai cecair elektrolit contohnya asid, bes dan garam. Elektrolit utama adalah natrium, kalium, klorida,
bikarbonat, sulfat, magnesium dan kalsium.
SAINS SUKAN
107
4.6.2. P e
n y
e l
e n
g g
a r
a a
n
S u
h
4 4.6.2 Penyelenggaraan Suhu Badan
Suhu badan dikawal oleh hipotalamus, satu struktur di otak yang merupakan sebahagian dari sistem saraf
pusat. Contohnya, sekiranya kulit kita menjadi panas kerana cuaca panas atau demam, tubuh badan akan
membuat penyesuaian untuk mengurangkan haba. Pertama, lebih darah akan mengalir berdekatan dengan
kulit supaya haba dapat dibebaskan dengan lebih mudah melalui kulit.
Kedua, perpeluhan akan bermula dan penyejatan peluh akan mengurangkan haba badan.
Rajah 3.3 Pengambilan dan kehilangan air dalam sehari