Pengelasan kemahiran motor buku sumber sains sukan Tingkatan 4

SAINS SUKAN 119 memanah. Bagi kemahiran diskrit, permulaan dan pengakhiran lakuan adalah nyata. Kemahiran berterusan ialah kemahiran yang permulaan dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlari dan berenang. Bagi kemahiran berterusan, permulaan dan akhir lakuan adalah tidak nyata. Kemahiran siri ialah gabungan beberapa kemahiran diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri seperti gimnastik, memandu kereta dan menunggang motosikal. 1.3.3 Stabiliti persekitaran Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan keadaan persekitaran kemahirannya dihasilkan dalam suasana yang dinamik berubah-ubah atau stabil tidak berubah-ubah. Kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini terdiri daripada: x Kemahiran luar kawal open skill. x Kemahiran terkawal close skill. Kemahiran luar kawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam suasana yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh faktor luaran persekitaran seperti bermain badminton, berlayar dan menjaga gol. Kemahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman faktor pelaku seperti bermain bowling dan melontar peluru. 120 Unit 2 – Perkembangan Motor

2.1 Definisi perkembangan motor

Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semula jadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan, tumbesaran, kematangan dan penuaan. Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek: i Peningkatan keupayaan dari bayi hingga dewasa ii Penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua

2.2 Peringkat perkembangan kemahiran motor

Perkembangan kemahiran motor berlaku mengikut prinsip perkembangan yang terbahagi kepada dua dan prinsip-prinsip ini berfokus kepada perkembangan yang berlaku pada 2 tahun pertama selepas kelahiran. Prinsip-prinsip tersebut ialah: i Prinsip I – Prinsip cephalo-caudal ii Prinsip II – Prinsip proksimo-distal SAINS SUKAN 121 Prinsip I : Prinsip Cephalo-Caudal. Prinsip ini berteraskan perkembangan dari kepala ke bawah contohnya dari keupayaan fleksi tengkok sehingga duduk tanpa sokongan. Nota untuk Guru : Guru menerangkan maksud cephalo-caudal : Cephalo = kepala Caudal = penghujung saraf tunjang Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. Hanr ahan, S. 1997, The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign. 3 PERINGKAT MAJOR PERKEMBANGAN KAWALAN POSTUR Kawalan kepala a2-3 bulan Duduk bebas a 7 bulan Diri bebas a 11 bulan