Kebimbangan buku sumber sains sukan Tingkatan 4
                                                                                SAINS SUKAN
36
b. Tafsiran
Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat positif ataupun negatif.
c. Pelakuan
Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan kepada tafsiran yang telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat
terhadap rangsangan adalah positif, tindakan yang bakal diambil adalah  positif  dan sebaliknya.  Sekiranya seorang atlit
merasakan bahawa beliau berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau akan berusaha untuk berlari dengan
baik.  Sebaliknya,  sekiranya seorang atlit merasakan  bahawa beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara 100
meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan saingan.
Tindakan yang dihasilkan akan memberi kesan kepada individu tersebut khususnya apabila menghadapi situasi
yang serupa di masa hadapan.
4.3.3  Kemahiran Mengawal  Kebimbangan Antara teknik psikologi yang boleh digunakan untuk
mengurangkan kebimbangan adalah terapi pernafasan, pemusatan centering, teknik relaksasi dan visualisasi.
a. Terapi
pernafasan Teknik
:  Menarik satu nafas yang panjang dan meng- hembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan
berulang kali sehingga berasa tenang atau releks. Tujuan :  Menghasilkan rasa tenang atau releks.  Berkesan
untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika
b. Pemusatan
centering Teknik
: Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan  perhatian
pemusatan kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita center.  Dilakukan dalam
keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa.
Tujuan : Melahirkan  ketenangan serta meningkatkan
konsentrasi.  Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
SAINS SUKAN
37
c. Relaksasi
Teknik :  Mengecut  dan merelakskan otot secara  progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring.
Tujuan :  Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot
dengan memfokus kepada rasa otot tersebut. Memantau otot yang tertekan serta
merelakskannya bila perlu.  Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan
kebimbangan  seketika.
d. Visualisasi
Teknik :
Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu  apabila mereka  berada
dalam keadaan tertekan atau bimbang.
Tujuan :
Mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
                