Perbandingan antara latihan aerobik dan latihan

SAINS SUKAN 95 Unit 4 Pemakanan Sukan 4.1 Definisi Pemakanan Sukan Pemakanan adalah kajian tentang makanan dan nutrien dan juga kesannya kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan seseorang individu. Pemakanan sukan adalah bidang pengajian yang mengaplikasi strategi pemakanan untuk menggalakkan kesihatan, adaptasi kepada latihan, pemulihan segera dari sesi latihan dan prestasi optimal semasa pertandingan. Pemakanan sukan bagi individu yang aktif secara fizikal dilihat dari dua aspek : pemakanan bagi pertandingan dan pemakanan bagi latihan. 4.1.1 Kepentingan Pemakanan kepada Prestasi Atlit Prestasi fizikal yang cemerlang dalam sukan bergantung kepada dua faktor utama : genetik dan status latihan. Pemakanan sukan mampu memberi kelebihan yang signifikan terhadap prestasi atlit. Apabila seorang atlit kekurangan nutrien tertentu, prestasi fizikal terganggu kerana bekalan tenaga tidak mencukupi, ketidakupayaan untuk menjana metabolisme secara optimal ketika bersenam serta kekurangan sintesis tisu badan dan enzim.

4.2 Keperluan Nutrien dan Pemakanan Seimbang

Definisi nutrien adalah bahan dalam makanan yang membekalkan tenaga, menggalakkan tumbesaran dan membaikpulih tisu dan menjana metabolisme. Terdapat enam kelas nutrien : karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral, dan air. Konsep pemakanan seimbang merujuk kepada pemakanan pelbagai makanan yang merangkumi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran. Walaupun diet setiap individu memerlukan nutrien essential dan tidak essential, keperluannya berbeza mengikut umur dan tahap kehidupan. Contohnya seorang atlit marathon memerlukan diet yang berbeza dari rakan atlit yang terlibat dalam sukan memanah. 96 4.2.1 Nutrien essential dan bukan essential Nutrien essential adalah nutrien yang diperlukan oleh badan tetapi terlalu sedikit dihasilkan atau tidak boleh dihasilkan oleh badan. Karbohidrat dianggap sebagai nutrien essential kerana ‘dietary fiber’ yang terdiri dari karbohidrat diperlukan untuk mengelakkan penyakit tertentu. Karbohidrat, lemak, protein, air dan beberapa mineral dan elektrolit dinamakan makronutrien kerana diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Mikronutrien adalah nutrien yang diperlukan juga tetapi dalam jumlah yang kecil ukuran dalam miligram dan mikrogram Jadual 3.1 Nutrien Essential bagi Manusia Karbohidrat Makanan berserat fiber Lem ak Asid Lem ak Esential Asid lemak linoleik Asid lemak alfa linoleik Protein Asid Am ino Esential Histidine Phenylalanine Isoleucine Threonine Leucine Tryptophan Lysine Valine Methionine Vitam ins Larut Air Larut Lemak B1 thiamin A retinol B2 riboflavin D kalsiferol Noacin E tokoferol B6 pyridoxine K Asid pantothenic Folacin B12 cyanocobalamin Biotin C asid askorbik Mineral Utama Trace Surih Kalsium Boron Manganese Klorida Kromium Molybedum Magnesium Kobalt Nikel Fosforus Kuprum Selenium Kalium Fluorine Silikon Natrium Iodine Vanadium Sulfur Ferum Zink Air Sumber: Williams, 2002