42
Rajah 2.1 Aras Organisasi Struktural Manusia
Sumber: Martini , F.H. 2001, Fundament als of Anat omy and Physiolog y, 5
th
.ed., Prentice Hall
1.2.1 Sistem-sistem Tubuh
Jadual 2.1 Sistem tubuh badan
Sistem Bahagian dalam sistem
Fungsi Sistem 1. Integumentari kulit
Kulit 1. Melindungi tisu-tisu dalaman
tubuh daripada kecederaan. 2. Bersifat kalis air, membantu
mencegah kehilangan air dalam badan.
3. Peka kepada rangsangan sakit, sejuk, kepanasan,
tekanan dan sentuhan. 4. Menyingkirkan bahan kimia
semasa perpeluhan seperti air, asid urik dan garam
mineral berlebihan.
ARAS TISU ARAS ORGAN
ARAS SISTEM
ARAS MOLEKUL ARAS SEL
Sel Otot Jantung Filamen Protein
Tisu Otot Jantung Organ Jantung
Sistem Kardiovaskular
SAINS SUKAN
43 Sistem
Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem
2. Rangka Tulang
x Kartilej
x Ligamen
x Sendi
1. Menyokong berat badan. 2. Melindungi organ-organ
lembut di dalam tubuh seperti otak, saraf tunjang
spina korda, jantung dan paru-paru.
3. Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan.
4. Menyediakan tempat untuk pelekatan otot-otot rangka.
5. Tuas untuk pergerakan badan.
6. Menghasilkan sel-sel darah merah dan sel darah putih
dan platelet di dalam sum- sum merah tulang.
3. Otot Otot
x Tendon
1. Mengekalkan postur tubuh. 2. Menghasilkan pergerakan
3. Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot.
4. Menstabilkan sendi. 5. Mengartikulasi antara otot
dengan tulang.
4. Saraf Otak
Saraf tunjang Saraf periferi
x Organ reseptor
1. Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap
rangsangan yang diterima. 2. Menyimpan maklumat yang
diterima. 3. Mengawal dan menyelaras
aktiviti tubuh. Saraf
44 Sistem
Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem
5. Endokrina Kelenjar seperti pituitari, tiriod
dan adrenal Mengawal dan menyelaraskan
fungsi tubuh melalui hormon yang dirembeskan ke dalam
aliran darah.
6. Kardiovaskular
Jantung Salur darah
1. Jantung mengepam darah ke seluruh badan.
2. Mengangkut gas-gas respiratori, nutrien, hormon
dan bahan buangan .
7. Limfatik Nodus
limfa Salur limfatik
Timus Organ limfoid
Tonsil 1. Sebagai sistem imunisasi
tubuh kerana mempunyai sel darah putih leukosit.
2. Menghasilkan limfosit 3. Mengangkut bahan kumuh
dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati.
4. Mengangkut hasil pencernaan untuk diserap
ke dalam lakteal.
SAINS SUKAN
45 Sistem
Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem
8. Respiratori Hidung
Farinks Trakea
Bronkus Paru-paru
1. Membekalkan oksigen ke dalam darah dan
menyingkirkan karbon dioksida.
2. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara
paru-paru. 3. Mengekalkan keadaan dan
persekitaran dalaman tubuh yang stabil homeostasis.
9. Pencernaan Mulut
Esofagus Perut
Pankreas Hepar
Ileum Usus besar
Rektum 1. Memecahkan makanan
kepada unit-unit yang ringkas untuk diserap ke
dalam darah untuk kegunaan aktiviti sel.
2. Mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan
najis.
10. Urinari Ginjal
Ureter Pundi kencing
Uretra 1. Menyingkirkan bahan kumuh
daripada darah. 2. Mengawal isipadu dan
komposisi bahan kimia. 3. Mengimbangkan paras asid
dan alkali dalam darah.
46 Sistem
Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem
11. Reproduktif a Lelaki
x Penis
x Testes
x Vesikel semen
x Kelenjar prostat
x Uretra
b Perempuan x
Ovari x
Tiub faliopio x
Uterus x
Vagina 1. Menghasilkan zuriat.
2. Menghasilkan hormon seks.
Sumber : Marieb, N.M. 1997, Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, 5
th
ed.,C ummings Publishing Company Inc., California.
1.2.2 Hubungkait Sistem Tubuh Setiap sistem mestilah berfungsi dengan berkesan dan bertindak
secara harmoni dengan sistem lain untuk kemandirian organisma. Hubungkait sistem-sistem tubuh dapat dilihat pada contoh yang
berikut :
SAINS SUKAN
47
Rajah 2.2 Hubungkait sistem rangka dengan sistem yang lain
SISTEM RANGKA
Untuk semua sistem x
Memberi sokongan mekanikal x
Stor tenaga x
Stor kalsium dan fosfat 1. Sistem integumentari
x Sintesis vitamin D penting untuk
penyerapan no rmal kalsium dan fosforus diperlukan untuk tumbesaran tulang
4. Sistem kardiovaskular x
Menyediakan kalsium untuk penguncupan otot kardiak
x Sel-sel darah dihasilkan dalam sum-sum
merah tulang x
Membekal oksigen dan mengkumuh karbon dioksida
5. Sistem Respiratori x
Pergerakan tulang rusuk penting untuk pernafasan
x Rangka mengelilingi dan melindungi
paru-pa ru x
Membekal oksigen dan mengkumu h karbon dioksida
3. Sistem saraf x
Membekal kalsium untuk fungsi saraf x
Melindungi otak, saraf tunjang x
Reseptor pada sendi memberi maklumat tentang kedudukan tubuh
x Mengawal kedudukan tulang denga n
mengawal penguncupan otot 2. Sistem otot
x Membekal kalsium untuk penguncupan
otot x
Tulang-tulang bertindak sebagai tuas untuk menghasilkan pergerakan tubu h
x Menstabilkan kedudukan tulang
x Ketegangan pada tendon merangsan g
tumbesaran tulang
6. Sistem Endokrina x
Melindungi organ-organ end okrina khususnya dalam otak, dada dan kaviti
pelvik x
Tumbesaran tulang dikawalatur oleh hormon tumb esaran, tiroid da n seks
x Mobilasi kalsium dikawalatur oleh
hormon-hormo n pa rathormon da n kalsitonin
7. Sistem Pencernaan x
Tulang rusuk melindungi sebahagian daripada hepa r dan usus
x Membekal nutrien, kalsium dan fosfat
8. Sistem Uninari x
Melindungi ginjal dan ureter x
Pelvis melindungi pundi kencing dan uretra p roksimal
x Memulihara kalsium dan fosfat untuk
tumbesaran tulang x
Mengkumuh bahan sisa
Sumber : Martini , F.H. 2001, Fundament als of Anatomy and Physiolog y, 5
th
.ed., Prentice Hall
48
Unit 2 – Sistem Rangka 2.1
Komponen Sistem Rangka
Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan
seperti ligamen, kartilej dan sendi.
Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan
bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum.
Rajah 2.3 Rangka manusia, pandangan hadapananterior
Sumber: Marti ni , F.H. 2001, Fundament als of Anat omy and Physiolog y, 5
th
ed. , Pr entice Hall
Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen memberi
sokongan dan kekuatan kepada sendi.
Ulna Radius
Karpals
Femur Patella
Metakarpal Kranium
Tengkorak Klavikel
Tulang rusuk Sternum
Skapula Hyoid
Kolum Vertebra
Tibia
SAINS SUKAN
49
Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak
synarthroses sendi yang mempunyai gerakan terhad amphiarthroses dan sendi yang boleh bergerak bebas
diathroses.
Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang
membentuk sendi.
2.2 Fungsi Sistem Rangka
Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu: i Sokongan
Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh.
Contoh : Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka.
ii Perlindungan Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti
pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting.
Contoh : Tengkorak melindungi otak iii Pergerakan
Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan
gerakan berpaksi pada sendi.
Contoh : Sendi siku – ulna dan humerus iv Pembentukan
sel-sel darah
Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel- sel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang
terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus.
50
v Penyimpanan mineral
Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulang-
tulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral- mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian
lain tubuh apabila diperlukan.
Contoh: Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang
yang lain seperti untuk penguncupan otot.
2.3 Klasifikasi Tulang
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang memenuhi keperluan khusus bagi
tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya.
2.3.1 Tulang panjang Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih
panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakan daripada tulang-tulang panjang adalah tulang-tulang
mampat.
Contoh: Tulang pada tangan humerus, radius, ulna, metakarpal dan falanges dan kaki femur, tibia, fibula,
metatarsal, falangus kecuali pergelangan tangan dan pergelangan kaki.
2.3.2 Tulang pendek Secara umumnya tulang-tulang pendek berbentuk kiub
dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang ini berperanan memindahkan daya. Tulang-tulang ini
berongga.
Contoh : Tulang-tulang pergelangan tangan karpal dan pergelangan kaki tarsal.