Bantuan Ergogenik dalam Pemakanan
SAINS SUKAN
111
Jadual 3.9 Jenis-jenis Bantuan Ergogenik
Jenis Kelebihan
Keburukan Acara Sukan
Kreatin Membantu menyimpan lebih
ATP dalam sel otot Tiada diketahui
Bola sepak, lar ian pecut
Beta-Blockers Mengurangkan perasaan gemuruh,
pening kepala kerana migrain
Mengurangkan tekanan darah;
bahaya bagi atlit yang berpenyakit
asma Menembak, terjun
Steroid Membesarkan otot
Meningkatkan kekuatan
Jantung rosak; alat kelamin menjadi
kecil; ketagih Angkat berat;
Lari pecut, renang Blood Doping
Melambatkan kelesuan, prestasi
meningkat Jangkitan kuman
AIDS; tekanan darah meningkat
Lumba basikal; Larian jarak jauh
Tokokan karbohidrat
Meningkatkan prestasi
Melambatkan rasa kelesuan
Tiada di ketahui Bola Sepak, hoki,
bola jar ing
Tokokan karbohidrat
Penambahan simpanan karbohidrat dalam glikogen otot dan hati dikenali sebagai tokokan karbohidrat atau kompensasi glikogen.
Teknik ini biasanya digunakan untuk atlit acara tahan lasak seperti pelari marathon, lumba basikal lebuhraya dan triathlon. Bekalan glikogen ke otot
dan hati boleh ditingkatkan dalam mengurangkan latihan dan pada masa yang sama menambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan
karbohidrat.
Pengambilan karbohidrat yang berlebihan harus dijalankan selama seminggu sebelum hari pertandingan. Pengurangan isipadu dan intensiti
latihan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum hari pertandingan
membolehkan badan menyingkirkan sebarang hasil buangan metabolik yang mungkin menjejaskan prestasi atlit tersebut. Fasa tokokan
karbohidrat ada tiga fasa iaitu :
Fasa 1 hari 1 – 2 : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan
karbohidrat normal. Fasa 2 hari 3 – 5 :
Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan karbohidrat 70.
Fasa 3 hari ke 6 : Hari pertandingan, selepas pertandingan
pemakanan seperti biasa kembali.
112
TUNJANG 4 : LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK
Unit 1 – Asas Kawalan Motor 1.1
Definisi kawalan motor
Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme sistem biologi menghasilkan lakuan motor.
Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya.
Bidang ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal
pergerakan.
Kawalan pergerakan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi.