SAINS SUKAN
12
c Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan
kejurulatihan di antara Persatuan Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan.
d Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasa
berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh Menteri Belia dan Sukan.
Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah diwujudkan bagi menggubal kurikulum sains sukan dan bidang pengkhususan
sukan serta praktikal di bawah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan.
Skim Pensijilan Kejurulatihan adalah satu program pembangunan dan pendidikan jurulatih yang seragam dan
berterusan terbahagi kepada tiga komponen iaitu:
1. Sains sukan
– prinsip-prinsip am kejurulatihan dan sumber manusia
2. Pengkhususan sukan – kemahiran, teknik dan strategi
khusus kepada sukan-sukan tertentu.
3. Praktikal
– amalan kejurulatihan
Objektif skim ini adalah untuk : a
Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukan
dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi prestasi serta pencapaian atlit kebangsaan.
b Mewujudkan satu program yang sistematik untuk menambah bilangan jurulatih dan menyediakan peluang
kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam bidang kejurulatihan.
c Mewujudkan satu sistem dan pendekatan yang profesional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke
arah memajukan sukan negara. d
Menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti pensijilan kejurulatihan di semua peringkat.
Pihak yang menyediakan kandungan komponen berikut ialah a
Sains sukan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. b Pengkhususan sukan dan praktikal oleh Persatuan
Sukan Kebangsaan yang berkenaan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Lembaga Kejurulatihan
Kebangsaan.
SAINS SUKAN
13
2.3 Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian Tinggi Mala ysia
Institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA menawarkan program sains sukan di peringkat diploma, sarjana
muda, sarjana dan kedoktoran.
Para graduan dari program ini boleh berkhidmat di agensi- agensi kerajaan atau swasta sebagai jurulatih, fisioterapis,
pendidik, pengurus kedai sukan, pentadbir kelab sukan dan kecergasan, pengulas sukan, saintis sukan dan sebagainya.
3. PENGURUSAN SUKAN
3.1 Pengenalan
Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang dapat membantu organisasi
mencapai objektifnya.
Sukan boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Ia juga merupakan sebahagian daripada kerja profesional yang perlu
dibayar.
Synder dan Spreitzer1989, menyatakan sukan bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan oleh badan sukan tersebut.
Sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang
menceburkan diri ke dalamnya.
Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. Pertama, pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di
mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan. Kedua, pengurusan sukan merupakan satu program persediaan
akademik profesional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi sebagai suatu bidang yang wajib.
Definisi Pengurusan Sukan Kelly, Blanton dan Bertel 1990 mendefinisikan pengurusan sukan
sebagai” Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan
bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam kontek sesebuah organisasi
SAINS SUKAN
14
atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan”.
Fungsi pengurusan sukan Di antara fungsi pengurusan sukan ialah :-
1. merancang 2. menyediakan
bajet 3. mengawal
4. mengarah 5. mengelola
6.
menyediakan jadual pertandingan 7. membuat
keputusan 8. menilai
Terdapat tiga elemen utama yang dapat menentukan kejayaan dalam sesebuah pengurusan sukan iaitu:-
a. persediaan profesional
b. sikap profesional
c. perkembangan profesional
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh seseorang pengurus itu maka kemajuan pengurusan sukan akan memperolehi kecemerlangan
dan kegemilangan.
3.2 Sistem Pertandingan
Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan
untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu :
a Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang
terdahulu atau melawan skor purata. b
Pertandingan melawan individu lain.
Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat
kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk
memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :
x Jenis pertandingan
x Masa yang diperlukan x Alatan dan kemudahan yang ada
x Agihan perlawanan yang adil