Jenis lakuan motor buku sumber sains sukan Tingkatan 4

SAINS SUKAN 113 Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan dan menukar rangsangan kepada impuls sensori. Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah iaitu saraf tunjang. Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron motor. Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor. Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, pergerakan involuntari terhasil. Sistem saraf pusat Mekanisme involuntari Neuron sensori Sinaps Neuron motor ASAS BIOLOGI DAN PERSEKITARAN ASAS BAGI PROSES KAWALAN MOTOR Rangsangan stimulus Gerakbalas respon PERSEKITARAN Reseptor Perlferi Efektor REFLEKS TENDON PATELLA contoh refleks involuntari paling ringkas Reseptor Sinaps Neuron af eren Neuron ef eren Efektor CNS BIOLOGI 114 x Mekanisme yang dijelaskan adalah pergerakan involuntari yang boleh dilihat pergerakannya seperti pergerakan menarik tangan atau kaki apabila terkena benda panas. x Penghasilan pergerakan adalah disebabkan oleh rangsangan yang diterima daripada persekitaran luaran. x Peranan sistem afektor merujuk kepada semua reseptor sensori yang berperanan menerima rangsangan daripada persekitaran. 1.2.2 Lakuan motor berkemahiran voluntari Lakuan motor berkemahiran merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Lakuan motor ini dikenali sebagai pergerakan voluntari. Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti tahap kemahiran dan pengalaman. Contohnya: a Badminton Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang gelanggang, pemain berkemahiran tinggi mungkin membuat smesy, manakala pemain yang berkemahiran rendah mungkin membalas dengan hantaran lob. b Bola tampar Ketika menerima servis, pemain pasukan yang kurang berkemahiran akan menghantar semula bola ke gelanggang lawan, manakala pasukan yang berkemahiran akan membuat strategi menyangga, mengumpan dan merejam. SAINS SUKAN 115 Mekanisme pergerakan voluntari Mekanisme umum pergerakan voluntari adalah seperti berikut : Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan menukarkannya kepada impuls sensori. Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah. Bahagian-bahagian sistem saraf pusat peringkat rendah yang terlibat ialah: x Saraf tunjang spinal cord x Tunjang otak brain stem x Otak tengah mid brain Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus. Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem saraf pusat peringkat tinggi di korteks sensori. Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori, impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yang terdapat di korteks motor. Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Beberapa pemprosesan integrasi sensori motor akan berlaku di korteks serebral. Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semula ke saraf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor. Apabila sistem efektor menerima maklumat motor ini pergerakan voluntari terhasil. 116 MEKANISME UMUM LAKUAN Transmisi sensori Neuron sensori pad a resepto r akan menukar rangsangan ke bentuk impuls saraf Talamus berfungsi menghubungkan maklumat sensori ke korteks cerebral Berlaku pemprosesan awal semua maklumat sensori di pusat kortikal masing-masing Maklumat sensori di terima daripada sumber resepto r yang releven Daripada CNS peringkat rendah, semua impuls sensori dihantar ke thalamus Fiber saraf aferen daripada getaran atau penghubung reseptor Talamus Pangkal otak Nukleus pangkal otak Korteks Somatosensori Dorsal Korda spina Korda spina Serebelum Transmisi motor Berlaku proses integrasi sensori-motor di kawasan korteks penggabung association cortex Impuls motor dihantar semula ke kord a spina melalui laluan-laluan motor kortikospinal corticospinal spinal pathways Di korda spina, berlaku proses merekrut unit moto r dan ko-aktivasi • - • bagi spesifikasi peranan dan penguncupan otot Neuron sensori yang me mbawa impuls sensori akan bersinaps dengan neu ron moto r di korteks motor Impuls motor seterusnya dihanta r ke sistem efektor untuk membolehkan perge rakan. Talamus Korteks Somatosensori Basal ganglia Pangkal otak Serebelum Persimpangan laluan korda spina Korda spina SAINS SUKAN 117 Jenis pergerakan berkemahiran voluntari Semua lakuan dalam pergerakan voluntari dikelaskan sebagai pergerakan berkemahiran. Terdapat dua jenis pergerakan berkemahiran iaitu : i Kemahiran generik ii Kemahiran berobjektif a Kemahiran generik Kemahiran generik ialah kemahiran pergerakan yang diwarisi manusia. Manusia dilahirkan dengan potensi untuk melakukan pergerakan asas seperti berjalan. Kemahiran generik berkembang melalui proses semula jadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan. b Kemahiran berobjektif Kemahiran berobjektif ialah kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus. Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk memperolehi kelajuan di tahap optimum. Kemahiran berobjektif berkembang melalui proses fizikal seperti praktis pembolehubah pembelajaran dan latihan pembolehubah prestasi. Kemahiran generik dan berobjektif terdiri daripada pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah jenis pergerakan yang membolehkan sesaran jasad secara mendatar seperti berjalan, berenang dan berbasikal. Pergerakan bukan lokomotor ialah jenis pergerakan yang tidak menghasilkan sesaran jasad secara mendatar seperti menangkap bola dan lompat setempat. 118

1.3 Pengelasan kemahiran motor

Terdapat tiga jenis klasifikasi kemahiran motor yang asas berdasarkan kriteria yang berbeza iaitu : i Kriteria ketepatan lakuan ii Kriteria ciri pergerakan iii Kriteria stabiliti persekitaran 1.3.1 Ketepatan lakuan Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan ketepatan lakuan. Pengkelasan ini berpandukan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan kepada : x Kemahiran motor kasar x Kemahiran motor halus Kemahiran motor kasar melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama seperti menendang bola, berlari dan angkat berat. Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama seperti dart, memanah, boling padang dan menembak. 1.3.2 Ciri Pergerakan Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berpandukan kepada cara sesuatu kemahiran itu dimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhiran kemahiran dikawal oleh pelaku atau di luar kawalan pelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini adalah seperti berikut: x Kemahiran diskrit x Kemahiran berterusan x Kemahiran siri Kemahiran diskrit ialah kemahiran yang permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yang terlibat, seperti menangkap bola, menendang dan SAINS SUKAN 119 memanah. Bagi kemahiran diskrit, permulaan dan pengakhiran lakuan adalah nyata. Kemahiran berterusan ialah kemahiran yang permulaan dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlari dan berenang. Bagi kemahiran berterusan, permulaan dan akhir lakuan adalah tidak nyata. Kemahiran siri ialah gabungan beberapa kemahiran diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri seperti gimnastik, memandu kereta dan menunggang motosikal. 1.3.3 Stabiliti persekitaran Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan keadaan persekitaran kemahirannya dihasilkan dalam suasana yang dinamik berubah-ubah atau stabil tidak berubah-ubah. Kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini terdiri daripada: x Kemahiran luar kawal open skill. x Kemahiran terkawal close skill. Kemahiran luar kawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam suasana yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh faktor luaran persekitaran seperti bermain badminton, berlayar dan menjaga gol. Kemahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman faktor pelaku seperti bermain bowling dan melontar peluru.