Keagresifan buku sumber sains sukan Tingkatan 4

SAINS SUKAN 40 diancam lawan bermain kasar secara fizikal atau lisan, individu tersebut akan bertindak mengikut tafsiran yang telah diputuskan tindak balasmempertahankan diri. Tindakan ini melibatkan kebangkitan peningkatan kadar nadi, tumpuan menjadi sempit, tindakan fizikal yang keterlaluan b. Faktor Semasa i. Suhu - semakin tinggi suhu di persekitaran, semakin tinggi kemungkinan untuk bertindak agresif. ii. Perbezaan matajaringan - semakin jauh perbezaan jaringan atau mata, semakin tinggi kemungkinan tindakan agresif dilakukan oleh pihak yang ketinggalan. iii. Pengaruh penonton - sorakan dan ejekan penonton pihak lawan dan penyokong sendiri boleh menjadi pemangkin kepada keagresifan dikalangan pemain. iv. Tempoh masa permainan - berdasarkan kajian, keagresifan lazimnya berlaku di pertengahan permainan. Bagaimanapun, faktor-faktor tertentu seperti perbezaan mata atau tempoh masa minit-minit terakhir juga menjadi penentu kepada tindakan agresif. SAINS SUKAN 41 TUNJANG 2 : ANATOMI DAN FISIOLOGI Unit 1 – Pengenalan Anatomi dan Fisiologi 1.1 Sains Anatomi dan Fisiologi a. Anatomi Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan ‘tome’ bermaksud memotong. b. Fisiologi Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh.

1.2 Organisasi Struktur Manusia

Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul- molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan. Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum. Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi organisasi struktural iaitu, aras organisme Rajah 2.1. 42 Rajah 2.1 Aras Organisasi Struktural Manusia