SAINS SUKAN
69
3.7 Penguncupan otot rangka
3.7.1 Jenis-jenis penguncupan otot Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup.
Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi
filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua- duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan
masing-masing dalam fiber otot.
i Penguncupan isometrik penguncupan statik
Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi
rintangan yang statik.
ii Penguncupan
Isotonik Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek
bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak.
Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan
pemendekan fiber-fiber otot.
iii Penguncupan
Isokinetik Bagi penguncupan isokinetik, fiber-fiber otot menguncup
pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk
menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan.
3.7.2 Contoh-contoh pergerakan yang melibatkan setiap jenis penguncupan otot rangka
Penguncupan isometrik
Contoh : Menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot-
otot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku. Penguncupan otot trisep
berlaku secara isometrik.
70
Penguncupan Isotonik
Contoh : Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’. Penguncupan esentrik melibatkan
pemanjangan fiber otot.
Penguncupan Isokinetik
Contoh : Pengunaan mesin “multi-gym’.
3.7.3 Halaju Penguncupan Otot-otot rangka manusia terdiri dari gabungan fiber
sentak cepat fiber putih dan fiber sentak lambat fiber merah. Bagaimanapun peratusan kedua-dua jenis fiber
otot adalah berbeza dari otot ke otot.
Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang perlahan dan kekal sustain. Fiber-fiber sentak lambat
banyak didapati pada otot-otot postur.
Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan yang pantas. Bagaimanapun penguncupan jenis ini tidak dapat
bertahan lama.
Walaupun kesemua fiber otot boleh menguncup dalam kedua-dua keadaan aerobik dan anaerobik. Sebahagian
darinya lebih sesuai untuk menguncup secara anaerobik.
Jenis fiber Deskripsi
Sentak cepat Keupayaan anaerobik yang tinggi
Digunakan dalam acara pecutaneksplosif acara berintensiti tinggi, berjangka masa pendek
Sentak lambat Keupayaan aerobik yang tinggi
Digunakan dalam acara-acara bersifat daya tahan jangka masa yang lama
SAINS SUKAN
71
Unit 4 – Sistem Saraf
Sistem saraf bertanggungjawab mengintergrasi dan mengawal semua fungsi sistem badan. Sistem ini berkebolehan untuk menerima dan
bertindak balas terhadap impuls dari persekitaran dan internal serta menghantar impuls ke sistem saraf pusat. Impuls saraf dihantar dari
satu neuron ke neuron yang lain dalam perjalanannya ke sistem saraf pusat.
4.1 Klasifikasi sistem saraf
Sistem saraf boleh dibahagi kepada dua bahagian berdasarkan struktur dan fungsinya. Bagi klasifikasi struktural sistem saraf
terbahagi kepada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.
Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi pula terdiri daripada saraf kranial, saraf
spinal dan ganglia.
Klasifikasi fungsional pula hanya melibatkan sistem saraf periferi. Klasifikasi ini membahagikan sistem saraf periferi
kepada sistem sensori atau aferen dan sistem motor atau eferen.
Sistem motor atau eferen ini pula terbahagi kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik
Sistem saraf
Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi
otak Saraf tunjang
Sistem sensori Sistem aferen
Sistem motor Sistem eferen
Sistem saraf somatik
Sistem saraf autonomik
72
4.1.1 Sistem
saraf pusat
Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti dorsal badan. Sistem ini
berperanan sebagai pusat intergrasi dan kawalan sistem saraf.
4.1.2 Sistem saraf periferi Sistem ini terdiri dari saraf-saraf unjuran dari otak dan
saraf tunjang. Saraf-saraf sensori aferen membawa impuls dari reseptor sensori pelbagai bahagian tubuh ke
sistem saraf pusat sementara saraf motor eferen membawa impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ,
otot-otot dan kelenjar untuk menghasilkan sesuatu perlakuan.
Sistem saraf periferi boleh diklasifikasikan kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf
somatik membolehkan kawalan otot-otot rangka. Sistem saraf autonomik mengawal atur aktiviti-aktiviti otot-otot
kardiak dan licin serta kelenjar yang di luar kawalan.
Rajah 2.8 Arka Refleks
Sumber: Hall, S.H.2003, Basic Bi omechanics, 4
th
ed. , McGraw Hill
Sinaps Afektor
Neuron eferon Reseptor
Neuron aferen