SAINS SUKAN
51
2.3.3 Tulang leperpipih Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung.
Tulang-tulang ini berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya.
Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.
2.3.4 Tulang tak sama bentuk Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat
pelekatan otot atau artikulasi.
Contoh : tulang-tulang vertebra servikel, torasik, lumbar, sekrum dan koksiks dan tulang telinga tengah stapes,
inkus, maleus.
2.4 Struktur Tulang Panjang
Tulang panjang terdiri dari diafisis dan dua epifisis. 2.4.1 Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang.
Setiap epifisis terdiri dari lapisan nipis tulang mampat yang melingkari kawasan tulang yang berongga. Epifisis
dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam
tumbesaran tulang secara memanjang. Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila tumbesaran
tulang terhenti pada akhir remaja.
2.4.2 Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi membran tisu penghubung berfiber yang
dikenali sebagai periosteum. Diafisis melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum-sum kuning tulang.
2.4.3 Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan lapisan dalam bersel. Melainkan di antara kaviti sendi,
lapisan superfisial tulang panjang yang melindungi semua tulang panjang dibaluti oleh periosteum.
Periosteum: i
mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di sekelilingnya.
ii menyediakan laluan peredaran dan pembekalan
saraf. iii terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan
pembaikan tulang.
52
Rajah 2.4 Struktur Tulang Panjang
Sumber: Martini, F.H. 2001, F undamentals of Anatomy and Physi ology, 5
th
ed. Prentic e Hall
2.5 Perkembangan Tulang
2.5.1 Pembentukan Tulang i
Sel-sel tulang
Tulang terdiri dari sel tulang fiber-fiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Sel-sel pembentuk
tulang yang dikenali sebagai osteoblas merembes fiber- fiber yang memerangkap mineral. Sel-sel tulang yang
dilingkari mendapan mineral ini kemudiannya menjadi sel-sel matang yang dikenali sebagai osteosit.
Tulang juga mempunyai osteoklas iaitu sel-sel yang melarutkan tulang. Osteoblas dan osteoklas bersama-
sama bertindak untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk tulang. Osteoblas lebih aktif pada mereka
yang muda sementara osteoklas pula lebih aktif pada mereka yang berumur.
ii Osifikasi
tulang Tulang dibina dari kartilej dan tulang. Pada embrio,
kebanyakan dari tulang-tulang rangka terbina dari kartilej
Epifisis proksimal Garisan epifiseal
Tulang berongga Tulang mampat
Foramen nutrien Salur nutrien
Periosteum Epifisis
Epifisis Metafisis
Metafisis Diafisis
SAINS SUKAN
53
hailin. Kartilej hailin ini kemudiannya digantikan dengan tulang pada kanak-kanak.
Proses pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan tulang rangka melibatkan dua peringkat.
Pada peringkat pertama, osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hailin dengan bahan matriks
bermineral. Ini mewujudkan tulang-tulang yang berkartilej di sebelah dalam dan bertulang sebenar di
sebelah luar.
Pada peringkat yang berikutnya, model kartilej hailin di sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan oleh osteoklas
untuk membentuk kaviti medulari.
Kebanyakan dari model kartilej hailin telahpun digantikan dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan. Kecuali dua
kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menutup kedua-dua hujung tulang dan plat epifiseal.
2.5.2 Tumbesaran tulang Arah
tumbesaran Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Plat
epifiseal adalah kawasan bagi tumbesaran secara memanjang bagi tulang-tulang panjang semasa kanak-
kanak. Semasa tumbesaran, sel-sel pada plat epifiseal membahagi secara mitosis dan memanjangkan tulang.
Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis.
Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang hampir lengkap, hormon-hormon seks merencatkan
pembahagian sel-sel pada plat epifiseal. Keadaan ini menyebabkan plat epifiseal menjadi nipis. Apabila
tumbesaran secara memanjang terhenti pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak tetapi
osifikasi terus berlaku sehingga lapan tahun selepas itu. Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan epifisis dan
garisan epifiseal menggantikan plat epifiseal. Semasa tumbesaran, diameter tulang juga bertambah.
Pertambahan ini adalah kesan dari pertambahan beban ke atas tulang.