Definisi perkembangan motor Peringkat perkembangan kemahiran motor

SAINS SUKAN 121 Prinsip I : Prinsip Cephalo-Caudal. Prinsip ini berteraskan perkembangan dari kepala ke bawah contohnya dari keupayaan fleksi tengkok sehingga duduk tanpa sokongan. Nota untuk Guru : Guru menerangkan maksud cephalo-caudal : Cephalo = kepala Caudal = penghujung saraf tunjang Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. Hanr ahan, S. 1997, The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign. 3 PERINGKAT MAJOR PERKEMBANGAN KAWALAN POSTUR Kawalan kepala a2-3 bulan Duduk bebas a 7 bulan Diri bebas a 11 bulan 122 Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. Hanr ahan, S. 1997, The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign. Nota untuk Guru: Guru menerangkan maksud cephalo-caudal: Cephalo = kepala Caudal = penghujung tunjang 3 PERINGKAT MAJOR PERKEM BA NGA N KEUPAYAA N LOKOMOTOR Tingkat pencapaian berlaku selari dengan perkembangan kawalan postur SAINS SUKAN 123 Prinsip II : Prinsip Proksimo – Distal. Prinsip ini berteraskan perkembangan daripada aksis tubuh ke arah luar, contohnya daripada keupayaan menghulur tangan ke keupayaan mencapai sasaran. Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. Hanr ahan, S. 1997, The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign. PERINGKAT PERKEM BA NGA N KEUPAYAA N MANUAL Asas kepada perolehan kemahiran manual yang lebih kompleks Kemahiran manual genggam dan capai yang matang biasany a dicapai di akhir tahun pertama - kemahiran ini akan terus mengalami perekembangan. Tingkat pencapaian kemampuan manipulasi objek menggunakan tangan bermula pada 3-4 bulan. 124 Nota untuk guru : Guru menerangkan maksud proksimo-distal. Proksimo = hampir. Distal = jauh Hampir dan jauh adalah merujuk kepada kedudukan aksis batang tubuh 2.2.2 Tingkat Tahap pencapaian motor Tahap pencapaian motor berfokus kepada perkembangan yang berlaku selepas 2 tahun kelahiran iaitu apabila keupayaan untuk bergerak tanpa sokongan dicapai. Tahap pencapaian motor dilihat dalam tiga aspek perkembangan yang utama : i Perkembangan kawalan postur Pencapaian motor dalam aspek kawalan postur adalah seperti berikut mengikut urutan. Kawalan kepala Ð Duduk tanpa sokongan Ð Diri tanpa sokongan ii Perkembangan keupayaan lokomotor Tahap pencapaian lokomotor dalam aspek keupayaan motor adalah seperti yang berikut mengikut urutan Mengguling Ð Merangkak Ð Diri tanpa sokongan iii Perkembangan keupayaan bukan lokomotor Pencapaian motor dalam aspek keupayaan bukan lokomotor adalah berciri seperti berikut mengikut sekuen Keupayaan menggenggam tangan tanpa objek Ð Keupayaan mencapai sasaran Ð Keupayaan menggenggam objek SAINS SUKAN 125 Unit 3 – Pembelajaran Kemahiran Motor 3.1 Definisi pembelajaran kemahiran motor Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor boleh digambarkan melalui lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor. Ciri-ciri lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor seperti berikut: a Lengkok lurus linear Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang seimbang sepanjang proses pembelajaran Maksudnya, semakin banyak praktis yang dijalani, semakin tinggi kesan pembelajaran yang diperolehi. Contohnya, dalam kemahiran menjaring bola keranjang, semakin banyak latihan yang dilakukan, semakin tinggi kecekapan menjaring. b Lengkok cembung negatively accelerated Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang tinggi di awal proses pembelajaran dan kadar peningkatan yang beransur kurang pada penghujung proses tersebut. Maksudnya, ketika awal praktis, pelatih mengalami peningkatan pembelajaran yang mendadak sehingga kemahiran asas dicapai dan selepas tahap ini pelatih mengalami kadar peningkatan yang berkurangan. Contohnya dalam permainan tenis, kemahiran memukul boleh diperolehi dengan kadar yang cepat. Selepas tahap Pembelajaran Praktis Pembelajaran Praktis 126 ini, penguasaan kemahiran memukul stroke dengan laju dan terkawal berlaku dengan kadar yang perlahan. c Lengkok cengkung positively accelerated Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang sedikit di awal pembelajaran dan peningkatan mendadak dialami pada penghujung proses tersebut. Contohnya berenang. Untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas berenang seperti teknik pernafasan mengambil masa yang lama. Apabila kemahiran-kemahiran ini telah dikuasai keupayaan menguasai gaya-gaya renang seperti kuak dada boleh berlaku dengan kadar yang cepat. d Lengkok “S”Ogive. Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang berlaku melibatkan kombinasi ciri-ciri lengkok linear, cembung dan cekung sepanjang proses pembelajaran. Contohnya memandu kereta kemahiran siri.

3.2 Pembolehubah-pembolehubah pembelajaran kemahiran motor

Pembelajaran kemahiran motor dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah iaitu : a Perbezaan individu b Pemindahan pembelajaran 3.2.1 Perbezaan individu Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang dikemukakan oleh Fleishman 1972 Pembelajaran Praktis Pembelajaran Praktis SAINS SUKAN 127 Dalam aspek kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi keupayaan motor yang dikemukakan oleh Fleishman iaitu: i Keupayaan persepsi motor ii Kecekapan fizikal i Keupayaan persepsi motor Ciri-ciri keupayaan persepsi motor adalah: ƒ Koordinasi pelbagai anggota Koordinasi ini melibatkan interaksi semua anggota badan yang terlibat dalam sesuatu pergerakan. Contoh menangkap bola dan membuat hantaran memerlukan koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan-kaki. ƒ Ketepatan kawalan Ketepatan kawalan merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti pergerakan yang dihasilkan. Contohnya, seorang penerjun dapat mengawal postur semasa membuat terjunan. ƒ Orientasi respons Orientasi respons merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan respon yang sesuai dengan keperluan persekitaran. Contohnya keupayaan penjaga gol bola sepak untuk mengurangkan sudut penjaring menjaringkan gol dan keupayaan pemain badminton untuk memberikan respons yang paling berkesan daripada pelbagai pilihan respons yang ada. ƒ Masa reaksi Masa reaksi merujuk kepada tempoh yang diambil untuk memulakan pergerakan selepas menerima rangsangan. Contohnya masa yang diambil oleh seorang pelari 100m untuk memulakan larian selepas mendengar tembakan permulaan.