4. 1. Pemerhatian Observasi Bogdan 4. 2. Wawancara 4. Kepustakaan

183

3. 4. 1. Pemerhatian Observasi Bogdan

secara lebih tepat mendefinisikan pengamatan berperan serta sebagai pengamatan yang bercirikan interaksi sosial yang memakan masa cukup lama antara penyelidik dan responden dalam lingkungan responden, dan selama itu data dalam bentuk catatan lapangan dikumpulkan secara sistematis dan berlaku tanpa gangguan. Selain itu penyelidik juga menggunakan observasi naturalistik iaitu pendekatan dimana penyelidik tidak menetapkan sebelumnya katagori dan klarifikasi, tetapi mengobservasi dengan cara dan latar yang alamiah Gay dan Airasian, 2003. Adapun aspek yang diungkap dari observasi dalam penyelidikan ini adalah aspek dari tingkah laku wanita terhadap lingkungan.

3. 4. 2. Wawancara

Wawancara yang dilakukan dalam penyelidikan ini adalah wawancara semi terstruktur, iaitu wawancara yang pertanyaannya ditentukan terlebih dahulu dan berbentuk open-ended question . Gay dan Airasian, 2003. Dalam penyelidikan ini, penyelidik dilengkapi dengan pedoman wawancara yang berfungsi semata-mata untuk memuat pokok-pokok pertanyaan yang akan diajukan, iaitu open-ended questionpertanyaan- pertanyaan terbuka yang bertujuan menjaga agar arah wawancara tetap sesuai dengan matlamat penyelidikan Poerwandari, 2001. 3. 4. 3. Kepustakaan Kaedah ini membantu penyelidik untuk mendapatkan data mengenai latar belakang kelompok yang dikaji Kota Jambi. Disamping itu, kaedah ini juga penting untuk mendapatkan data sekunder mengenai subyek penyelidikan iaitu tingkah laku wanita dan lingkungan. Data sekunder yang dihasilkan dari penyelidikan terdahulu akan dibandingkan dengan hasil penyelidikan dari kerja lapangan ini. Perbandingan antara dua data ini penting untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai tingkahlaku wanita terhadap lingkungan yang dikaji.Kajian ini akan dijalankan di Perpustakaan Utama Universiti Malaya dan Perpustakaan Kota Jambi

3. 4. 4. Dokumentasi